Kevin De Bruyne Akan Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Liverpool – Kelab Yang Diminatinya Sejak Kecil

Ini berikutan satu petikan video temuramah beliau semasa berumur 11 tahun yang mahu bermain untuk Liverpool, dan idolanya adalah Michael Owen.

Buat masa sekarang beliau adalah pemain penting di Man City, di mana sedang dalam keadaan terbaik untuk menjulang kejuaraan EPL dan juga Kevin De Bruyne sendiri menjadi bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim ini.

Namun di sebalik itu, terbit satu video semasa beliau ditemuramah ketika berumur 11 tahun, selepas beliau menjaringkan 4 gol untuk kelab Gent yang mengatasi Genk dengan jaringan 6 – 2.

Dan sekarang beliau berusia 26 tahun dan menjadi salah seorang pemain terbaik dunia, pemain itu pernah menyatakan bahawa impian beliau adalah bermain untuk Liverpool dan mengikuti jejak langkah idolanya Michael Owen.

Berikut adalah petikan video itu menerusi Youtube.

Selepas 3 tahun, beliau menyertai Genk sebelum ke Chelsea.

Setelah itu beliau beraksi untuk Wolfsburg sebelum perpindahan mega ke Man City dan menjadi pemain terpenting buat skuad Pep Guardiola buat masa sekarang.

ADMIN

Kadangkala impian boleh menjadi kenyataan, dan impian tidak menjadi kenyataan.

Dream move, kalau benar benar ia terjadi. Namun pada Ahad, Liverpool terpaksa mengekang kehadiran beliau.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman