Danny Ings Akan Dikekalkan Walaupun Perbincangan Mengenai Penjualan Daniel Sturridge Masih Berjalan Ketika Ini

Liverpool bersedia membenarkan Daniel Sturridge meninggalkan kelab ini pada bulan ini dan ini bermakna rakan sepasukan negaranya Danny Ings akan dikekalkan.

Sturridge dan Ings berkemungkinan tidak menjadi pilihan pasukan utama Jurgen Klopp pada musim ini kerana lebih memilih Roberto Firmino sebagai penyerang utama.

Pemain yang ditandatangani Liverpool pada musim ini, Solanke lebih menjadi pilihan dengan mengumpul 18 penampilan berbanding kedua mereka yang hanya mengumpul 17 penampilan dengan pemain berusia 20 tahun tersebut menjadi keutamaan untuk mengembangkannya.

Ini telah menjadi cadangan keduanya akan meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan Januari.

Tetapi menurut The Telegraph, Sturridge akan dilepaskan manakala Ings akan dikekalkan untuk baki musim ini.

Sturridge dimahukan oleh Sevilla dan Inter Milan, sedangkan Liverpool hanya mahukan perpindahan tetap untuk Sturridge dan terdapat juga cadangan yang tawaran peminjanan dapat diaelesaikan.

Ini turut memperlihatkan bahawa pemain kebangsaan England yang memperoleh £120,000 seminggu itu dapat ditutupi dan opsyen pembelian turut dimasukkan dalam kontrak peminjamannya.

Memandangkan Sturridge tidak menjadi pilihan Klopp, ia tidak menjadi kejutan apabila Sturridge mencari jalan keluar kerana mahu mencari tempat dalam pasukan utama England di Piala Dunia yang akan berlangsung.

Bulan ini menandakan 5 tahun Sturridge di Liverpool selepas perpindahannya dari Chelsea pada 2013 lalu. Pemain berusia 28 tahun ini menjaringkan 68 gol dalam 133 penampilan.

Keduanya baik Sturridge atau Ings telah mengalami kecederaan yang panjang sejak menyertai kelab, Ings hanya membuat 14 penampilan untuk Reds dan menjaringkan 3 gol.

Walaubagaimanapun, Ings akan memainkan peranan yang lebih besar pada separuh masa kedua, bersaing dengan Solanke untuk mendapatkan peranan Roberto Firmino.

Ia sama dengan sikap Klopp yang lebih mempercayai pilihannya sekarang berbanding mencari bantuan di jendela perpindahan berikutan kepergian Philippe Coutinho ke Barcelona.

Liverpool memilih untuk menolak perpindahan pinjaman Woodburn ke Sunderland dengan pemain berusia 18 tahun yang versatil ini dikekalkan di Merseyside untuk baki musim ini.

Memandangkan Woodburn telah membuat satu penampilan pada musim ini ketika bersama Ings ketika kekalahan 2-0 pusingan ketiga Piala Liga kepada Leicester City, ini adalah keputusan yang boleh dipersoalkan.

Liverpool dipercayai masih menunggu sasaran utama mereka iaitu Thomas Lemar dari AS Monaco dan Klopp juga nampaknya akan membuat keputusan pemainnya di ketika ini hingga Mei.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This Is Anfield

Post Author: Nazz Adam