Roberto Firmino Adalah Pemain Yang Sangat “Unik”

Jurgen Klopp memuji mengenai persembahan Roberto Firmino.

Dan pengurus Liverpool itu juga menyatakan Firmino memberikan sesuatu yang pasukan EPL lain tidak berikan.

Skil pemain Brazil itu telah membantu Liverpool menjaringkan gol ketiga ketika menentang Watford menerusi satu “flick” yang cantik.

Namun begitu Klopp memuji usaha penyerang Liverpool itu yang seringkali berebut bola dari pemain pertahanan Watford untuk membina serangan dari beliau.

Menurut Klopp :

“Anda perlukan seseorang yang bergerak ke sisi padang namun malam ini saya mahu menyatakan permainan Sadio Mane amat matang sekali”.

“Beliau tenang dengan bola. Dalam beberapa perlawanan beliau akan bertarung dengan diri beliau sendiri dan beberapa situasi permainan”.

“Dan jaringan 5 – 0 itu anda bercakap mengenai penyerang yang sentiasa bertahan yang tidak pernah lihat sebelum ini”.

“Namun apa yang Roberto Firmino lakukan? Tanyalah pasukan lain apa yang beliau lakukan, bagaimana beliau bermain dan membunuh situasi permainan lawan”.

“Ianya sungguh baik dan kami memenangi perlawanan kerana beliau”.

Setakat ini Firmino telah menjaringkan 23 gol buat Liverpool dan mengatasi pencapaiannya di Hoffenheim dengan 22 gol.

Beliau merupakan sebahagian pemain yang membuatkan pengurus sangat gembira, dengan Liverpool berganjak kembali 7 mata dari pencabar terdekat, Chelsea yang terlibat dengan Piala FA minggu ini.

“Saya gembira dengan persembahan ini dan juga keputusan perlawanan. Saya tahu apa yang mereka boleh lakukan selepas saya membuat analisis perlawanan Watford menentang Arsenal”.

“Mereka tewas dalam perlawanan itu namun dalam bolasepak apa apa pun boleh terjadi jika kita membenarkan mereka melakukan apa yang kita lakukan”.

ADMIN

Selain daripada jaringan Mo Salah, Firmino dan Mane turut memainkan peranan dalam kemenangan semalam.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman