Emre Can : Saya Mahu Bermain Dengan Kelab Yang “Besar” Musim Hadapan

Pemain Liverpool itu tidak menolak kemungkinan bermain di Spain, France, Italy atau kembali ke Germany.

Dan beliau percaya bahawa beliau memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk bermain dengan ‘kelab besar’ pada musim hadapan.

Emre Can dijangka akan meninggalkan Anfield sejurus sahaja kontrak beliau bersama Liverpool telah tamat.

Sebelum itu Emre Can dan Liverpool gagal mencapai persetujuan untuk kontrak lanjutan di Liverpool – dan dikaitkan dengan Juventus setakat ini. Namun beliau juga tidak menandatangani mana mana kontrak awal bersama kelab lain setakat ini dan difahamkan beliau hanya akan membuat keputusan pada musim panas hadapan.

Menurut Can menerusi Süddeutsche Zeitung :

“Saya boleh kembali ke Germany. Bundesliga sentiasa menarik perhatian saya. Secara jujurnya tahap permainan di sana menarik perhatian saya”.

“Premier League menghabiskan wang untuk berbelanja mendapatkan pemain, namun Bundesliga terdapat segala galanya untuk pemain di Germany. Itu amat penting bagi seorang pemain”.

“Saya yakin dengan kebolehan saya bahawa saya boleh beraksi dengan kelab yang ‘besar’ pada musim hadapan”

Can juga berkata bahawa faktor yang akan dipertimbangkan beliau untuk menyertai mana mana kelab ialah ‘menjadi pemain penting buat pasukan’ dan ‘mempunyai prospek yang bagus untuk menjulang kejuaraan’.

Tambah Can :

“Itu adalah impian semua pemain di atas usaha keras mereka selama ini”.

“Saya melakukan yang terbaik untuk England. La Liga juga menarik perhatian. Sama juga di Germany walaupun mempunyai taktikal yang berlainan serta kelab di Itali”.

“Namun secara kebetulan kelab di France juga semakin meningkat. Namun buat masa sekarang saya tidak mahu berkata apa apa kerana saya tidak tahu apa yang terjadi pada musim panas ini”.

ADMIN

Adakah Can memberi bayangan bahawa beliau akan melangkah keluar dari Liverpool musim ini?

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman