Raheem Sterling Dan Liverpool Yang Memberikan Masalah Kepada Prestasinya Di Anfield

Dulunya Anfield adalah rumahnya, tempat dimana dia mempamerkan bakatnya yang luar biasa.

 

Namun kini, Sterling boleh dimaafkan dan berharap dia dia tidak lagi menjejakkan kaki di Anfield lagi.

Dia akan menentang Liverpool untuk kali keempat sebagai pemain Manchester City.

Perlawanan ketiganya sebelum ini berakhir seperti sebelumnya, dalam kekalahan, kekecewaan dan dengan ejekan dari Kop yang membingitkan telinganya.

Sterling tiba di pertandingan pada januari lalu sebagai seorang bintang Liga Perdana, dengan 14 golnya membantu skuad kendalian Pep Guardiola berada di puncak meninggalkan pesaing-pesaing terdekatnya. Sekiranya terdapat keraguan atas yuran yang dibayarkan Manchester City untuk mendapatkan khidmatnya pada 2015, kini mungkin telah lebur. Pada usianya 23 tahun ketika ini, dia menunjukkan dirinya sebagai pemain elit di dunia.

Di Anfield, yang sukar, dia telah menemui lawannya.

Liverpool’s Brazilian midfielder Roberto Firmino (R) chases back to try to tackle Manchester City’s English midfielder Raheem Sterling (L) during the English Premier League football match between Liverpool and Manchester City at Anfield in Liverpool, north west England on January 14, 2018. / AFP PHOTO / Oli SCARFF / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Terdapat penonton yang hadir yang mengejek, dan bersiul apabila dia memegang bola. Juga terdapat sekumpulan lelaki berbaju merah diatas padang yang bersedia untuk satu sama lain. Tiada satupun yang menyerupai prestasi Andy Robertson yang ‘mendiamkan’ ancaman dari bintang Manchester City tersebut. Sepanjang 70 minit Sterling bermain dan terus digantikan seperti tindakan belas kasihan kepadanya.

Ia adalah kali kedua dalam tiga musim dimana dia gagal untuk bermain penuh 90 minit. Dalam setiap satu daripada tiga lawatannya di Anfield, dia kelihatan gagal untuk bermain baik ketika berdepan bek sisi yang berbeza.

Masih ingat bagaimana John Flannagan mengeluarkannya pada bulan Mac 2016? Juga bagaimana permainan solid yang dipersembahkan James Milner serta kemenangan Tahun Baru? Kita juga boleh menambah Robertson ke dalam senarai. Pemuda Skotland ini bekerja terlebih keras dan dan sangat luar biasa.

Sterling bermula dengan baik. Dia mungkin boleh mendapatkan penalti lebih awal kerana cabaran dari Emre Can didalam kotak penalti dan City pastinya menemui ruang dalam di sayap kanan pada separuh masa pertama mereka.

Walaupun pengaruhnya mudah pudar namun hanya Fabian Deplh yang berada didalam kesebelasan utama mempunyai sedikit hantaran dalam permainan kemudian Delph meninggalkan padang akibat mengalami kecederaan selepas setengaj jam bermain. Tahap ketepatannya hanya 70 %, antara yang terendah berbanding kesemua pemain diatas padang namun Sterling berjaya menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan. Sterling juga tidak mampu mencuba satu rembatan yang tepat pada perlawanan tersebut. Namun, dia hanya mberjaya mendapatkan ‘foul’ atas kesalahannya ke atas Gini Wijnaldum di hadapan kubu pertahanan.

Permainan yang aggresif dan disiplin dalam menjaga posisi memberi kemenangan kepada beliau. Pemain Liverpool tersebut memenangi terjahan berbanding kesemua pemain diatas padang, dengan sendirian memberi tekanan sehingga ke kubu pertahanan pihak lawan menjadi detik yang bermakna untuk dirinya pada perlawanan tersebut.

Sterling, pada ketika itu berada didalam poketnya dan berharap beliau berada ditempat lain. Namun, ianya bukan kali pertama yang berlaku.

Anfield bukanlah apa-apa tetapi ia adalah rumah untuknya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Adam