Louis Van Gaal : Liverpool & AS Roma Paling Kurang Kualiti Individu Antara Semua ‘Semifinalist’

Bekas pengurus Man Utd, Louis van Gaal menafikan peluang untuk Liverpool di dalam kejohanan Liga Juara Eropah peringkat separuh akhir nanti.

Ini adalah pertama kali The Reds berjaya mencapai peringkat separuh akhir sejak tahun 2008 yang lepas, 10 tahun yang lepas.

 

 

Liverpool mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan Eropah yang keenam pada musim ini. Walaubagaimanapun, pengurus Louisvan Gaal, bekas pengurus Man Utd dan Barcelona menafikan peluang Liverpool.

Pada musim ini, Liverpool layak ke peringkat kumpulan setelah menewaskan Hoffenheim dalam perlawanan kelayakan setelah berada di tangga keempat musim lepas.

Seterusnya berada dalam Kumpulan E dan mendominasi kumpulan bersama Sevilla sebagai naib juara. Diundi dan menang ke atas Porto dalam perlawanan 16 pasukan terbaik sebelum diundi menentang Man city dalam perlawanan Suku Akhir.

Dalam perlawanan terbaru, Liverpool memenangi dengan agregat 5 – 1 dengan perlawanan kedua di Stadium Etihad dimenangi dengan jaringan 2 – 1.

Liverpool kini 180 minit lagi sebelum melangkah ke perlawanan Liga Juara Eropah peringkat akhir di Kiev pada 26 Mei nanti.

Walaubagaimanapun, Van Gaal merasakan Liverpool masih kekurangan berbanding Real Madrid dan Bayern Munich yang keduanya mengetepikan pencabar masing – masing, Sevilla dan Juventus semalam.

Van Gaal mengatakan,

” Jika dibandingkan dengan pasukan lain, terutama Real dan Bayern, Liverpool dan Roma adalah pasukan tang paling kurang kualiti.”

Tetapi, Van Gaal masih tidak menafikan apakah yang mampu dilakukan oleh Liverpool nanti.

” Secara prinsip asalnya mereka bukan calon, tetapi mereka adalah pasukan yang kuat. Mereka sangat berbahaya.”

Ditanya mengenai siapakah yang menjadi calon kepada van Gaal pada musim ini, bekas pengurus Man Utd itu memberikan calon peribadinya serta mahu pertaruhkan duitnya.

” Jika saya mahu bertaruh, saya akan letakkan duit saya kepada Bayern Munich. Saya rasakan mereka mempunyai pertahan yang teruat dan pengurus yang mampu adaptasi lawan masing. Juga mempunyai kualiti sendiri yang merupakan kunci kepada kejayaan”.

Kita akan mengetahui lawan Liverpool dalam Separuh Akhir nanti dalam undian pada Jumaat nanti (lebih kurang 7 petang).

“Pihak LMREDS sedang mencari admin untuk page & laman web. Boleh klik link ini untuk (KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT) untuk maklumat lanjut. Elaun topup disediakan.”

Diedit semula oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds