Undian Liga Juara Eropah : 13 April Jam 1900

Liverpool, Bayern Munich, AS Roma dan Real Madrid telah layak ke perlawanan Separuh Akhir Liga Juara Eropah pada musim ini.

Apakah yang anda harus tahu sempena undian tersebut.

Liverpool dalam laluan untuk menempa sejarah baru , Piala keenam Liga Juara Eropah pada musim ini setelah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah kali terakhir 10 tahun lepas ketika tahun 2008 di bawah kendalian Rafa Benitez.

Kemenangan terakhir Liverpool terhadap Man city , 5 – 1,, merupakan kemenangan terbaru sejak kali terakhir Liverpool menentang Chelsea pada 2008 kalah dengan agregat 3-2 ketika itu,

Siapakah yang bakal ditemui oleh Liverpool?

AS Roma setelah mengejutkan FC Barcelona dengan agregat 4-4. Seterusnya Real Madrid dan Bayern Munich masing-masing menewaskan Juventus dan Sevilla

Liverpool boleh bertemu dengan semua pasukan di atas.

Bilakah Undian Akan Dijalankan?

Akan dilaksanakan di Nyon, Switzerland pada jam 12 tengahari – 1 petang waktu UK (Waktu tempatan 7 petang hingga 8 malam).

Bilakah Perlawanan Separuh Akhir Akan Dijalankan?

Separuh Akhir Liga Juara Eropah akan dijalankan pada 24 dan 25 April – Selasa & Rabu jam 2045 waktu Uk (Waktu Malaysia 25 April – Rabu & 26 April – Khamis jam 0245) untuk perlawanan pertama.

Bagi perlawanan kedua akan diadakan pada 2 Mei dan 3 Mei jam (Rabu & Khamis) jam 0245 waktu Malaysia nanti.

Apakah Venue Pertama Separuh Akhir Nanti?

 

Mana-mana pasukan yang diundi terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah pada separuh akhir pertama.

Bilakah Perlawanan Akhir Liga Juara Eropah?

Akan diadakan pada 23 Mei 2018 jam (awal pagi 24 Mei 2018 jam lebih kurang 0245).

 

“Pihak LMREDS sedang mencari admin untuk page & laman web. Boleh klik link ini untuk (KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT) untuk maklumat lanjut. Elaun topup disediakan.”

Diedit semula oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds