Jurgen Klopp : Jangan Pandang Rendah Kepada AS Roma

Jurgen Klopp memberi amaran kepada Liverpool bahawa ‘epic comeback’ yang dilakukan oleh AS Roma terhadap Barcelona sebagai satu memori. Jadi Liverpool tidak harus memandang rendag kepada salah satu pasukan di Liga Juara Eropah nanti.

Klopp boleh bernafas lega mungkin kerana tidak diundi bersama Real Madrid dan Juara Jerman Bayern Munich.

Pengurus Liverpool mengatakan Roma adalah halangan terakhir untuknya sebelum pasukannya akan berada di pusingan terakhir Liga Juara Eropah selepas kali terakhir membimbing Borrusia Dortmund pada 2007.

Roma mungkin kelihatan kurang pemain bintang dalam skuadnya, namun, kualiti yang ditunjukkannya terutama ketika menewaskan Barcelona 4 – 1 dengan kemenangan 3 – 0 pada perlawanan kedua di Selasa lepas.

” Saya rasakan apa yang mereka rasakan. Tetapi tipu kalau mengatakan saya bersyukur kerana tidak diundi menentang Bayern Munich. Atau saya bersyukur kerana tidak menentang Real Madrid. So saya harus bergembira?”

Jurgen Klopp merasakan Liverpool atau peminat tidak harus merasakan keyakinan terlampau terhadap undian ini dan menafikan kekuatan AS Roma.

” Sesiapa sahaja lawan yang kami terima, saya ingin katakan, pasti ada peluang dalam bola sepak. Jadi AS Roma ada peluang. Dan kami juga ada peluang menentang AS Roma. Jika sesiapa merasakan ini adalah undian yang paling sedang, saya tidak boleh membantu mereka. Mungkin mereka tidak menonton perlawanan mereka menentang Barcelona.”

Jurgen Klopp mengatakan AS Roma seharusnya boleh menang 4 atau 5 tapa balas dalam perlawanan kedua Suku Akhir tersebut. Ini menyebabkan Jurgen Klopp sangat mengaguminya.

Liverpoll akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama pada 25 April 18 waktu Malaysia nanti dan akan ke Itali pada 3 Mei nanti.

Jurgen Klopp ditanya adakah perlawanan kedua memberi kelebihan kepada AS Roma seperti mana mereka menentang Barcelona, Jurgen Klopp mengatakan mungkin Liverpool boleh adaptasi suasana di Stadio Olimpico nanti.

” Mereka adalah pasukan yang sangat kuat. Suasana sentiasa menjadi penting sudah pasti. Dalam perlawanan ini, ianya tidak begitu penting. Di Real Madrid, Juventus tidak merasakan ianya penting. Tetapi di Rome, ini sangat penting dengan ketaranya (suasana stadium). Saya rasakan mereka dapat kelebihan, tetapi ianya terpulang kepada perlawanan pertama. Sudah pasti semua boleh berlaku, tetapi selagi kami masih dalam perlumbaan, pasti ada peluang. Saya rasakan ok untuk itu”

Liverpool telah memberi satu penerimaan yang ‘agresif’ ketika pasukan City datang ke Anfield dalam perlawanan suku akhir ketika membom bas dengan botol di luar stadium.

Jurgen Klopp memohon maaf atas insiden itu, tetapi Jurgen Klopp mungkin merasakan bahang tersebut akan dirasakan lagi.

 

” Pada perlawanan pertama di tempat sendiri (Anfield) kami berharap dapat berikan satu suasana yang sangat istimewa nanti.”

Liverpool tidak pernah bertemu Roma sejak 2002 dan pernah memenangi Piala Eropah di Roma pada1984 yang lepas.

 

“Pihak LMREDS sedang mencari admin untuk page & laman web. Boleh klik link ini untuk (KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAN LANJUT) untuk maklumat lanjut. Elaun topup disediakan.”

Diedit semula oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds