Jurgen Klopp Mendedahkan Pelan Persaraan Beliau Dan Mengenai Bayern Munich

Klopp berhasrat untuk menghormati kontraknya bersama Liverpool walaupun terdapat khabar angin beliau akan kembali ke Bundesliga.

Dan beliau juga telah berjanji dengan keluarganya untuk meninggalkan karier bolasepak selama setahun apabila tiba masanya meninggalkan Liverpool kelak.

Beliau yang mempunyai kontrak bersama Liverpool hingga tahun 2022, menyatakan bahawa beliau akan bersara “lebih awal dari persaraan biasa seorang jurulatih”.

Klopp yang berumur 50 tahun pada tahun ini tidak akan mengikuti jejak langkah seorang jurulatih Germany, Jupp Hyneckes yang masih aktif dalam bidang kejurulatihan walaupun menjangkau usia 72 tahun.

Bercakap menerusi Sky Germany, Klopp berkata :

“Kemungkinan saya akan mengakhiri karier saya lebih awal daripada jurulatih lain di dunia”.

“Situasi sekarang semakin sukar. Saya tidak mahu meninggal dunia di atas bangku jurulatih. Selepas Liverpool saya akan meluangkan masa setahun bersama keluar. Itu perjanjian saya bersama keluarga”.

Klopp juga dikaitkan dengan posisi di Bayern sebelum mereka membuat keputusan untuk merekrut Nico Kovac selaku ketua jurulatih pada musim hadapan.

Namun Klopp menegaskan bahawa tiada peluang buat mereka untuk membawanya ke Germany semula.

“Saya tidak mempunyai klausa pelepasan pada kontrak saya”

“Jika Bayern betul betul berminat, tidak kira apa yang saya lakukan perpindahan itu amat sukar”.

“Saya mempunyai kontrak 4 tahun lagi di Liverpool dan kelab amat gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Itu sebab yang jelas mengapa Bayern tidak melakukan sebarang perbincangan”.

Ditanya mengenai prospek untuk beliau kembali ke Borussia Dortmund untuk memberikan cabaran buat Bayern, Klopp berkata :

“Saya tidak akan kembali ke sana. Saya sudah terlalu berusia ketika itu”.

“Saya tidak mahu bekerja sebagai jurulatih lagi semasa di usia Jupp Hyneckes. Saya mengaguminya namun saya tidak akan lakukan seperti itu”.

“Saya sudah melalui masa yang terbaik di Mainz dan Dortmund. Saya akan kembali ke sana namun bukan sebagai jurulatih”.

ADMIN

Mungkinkah Liverpool kelabb terakhir yang beliau kendalikan sebelum bersara?

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman