Loris Karius Meraih Anugerah German Football Ambassador

Penjaga gol berusia 24 tahun ini telah disenarai pendek dalam anugerah tersebut sebelum ini.

Anugerah ini diberikan kepada jurulatih dan pemain Germany yang beraksi di luar negara, dengan pengiktirafan diberikan kerana mengharumkan nama Germany di peringkat antarabangsa pada tahun ini.

Dan Karius dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut – dengan undian dilakukan oleh peminat dalam satu majlis yang diadakan di Berlin pada malam Selasa.

Menurut Karius selepas dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut :

“Anugerah ini amat bermakna untuk saya di mana ianya mengiktiraf pencapaian saya di England”.

Karius bakal mengakhiri kempen EPL 2017 2018 dengan rekod tanpa bolos yang baik, dengan hanya melakukan 31 penampilan sahaja untuk musim ini.

ADMIN

Tahniah Loris Karius. Anda telah buktikan sesuatu buat anda dan Liverpool tahun ini. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman