Coutinho Kembali Ke Anfield & Firmino Merasakan Ianya Sesuatu Yang Unik

Ya !
Semuanya kerana perlawanan persahabatan diantara Brazil bertemu Croatia.

Roberto Firmino sendiri menjangkakan yang perlawanan persahabatan Brazil dengan Croatia itu, di Anfield pasti akan menjadi satu pengalaman yang ‘unik’.

Ini untuk memberi ruang pada skuad Brazil meningkatkan lagi persediaan mereka dalam cabaran Piala Dunia di Rusia, dengan perlawanan awal antarabangsa menentang negara Dejan Lovren di padang Anfield pada petang Ahad ini.

Dan, untuk Firmino juga, peluang bermain di Anfield bukanlah sesuatu yang baru bagi beliau, yang menyertai Liverpool sejak tiga tahun yang lalu, dia mengharapkan perasaan yang berbeza untuk melakukannya bersama A Selecao.

Kata Firmino, perlawanan itu nanti semestinya akan menjadi sesuatu yang unik. Masakan tidak, bermain di Anfield bersama-sama dengan semua penyokong Liverpool, malah dengan beberapa juga rakan dan bekas pemain Liverpool sendiri. 😁💪

Jelas Firmino lagi, Anfield merupakan sebuah stadium yang hebat dengan padang yang indah. Ia akan menjadi suasana yang pasti hebat. Ia akan menjadi keseronokan yang tidak terhingga buat Firmino, untuk bermain di rumah kerana sudah tentu Anfield adalah rumah beliau sendiri.

Kerana itu, Firmino merasakan yang perlawanan tersebut akan menjadi detik yang sangat unik.

Tiket untuk perlawanan itu, yang bermula pada jam 3 petang waktu BST, boleh didapati dari £ 10 ( RM 52.92 ) untuk kanak-kanak, dan £ 30 ( RM 158.76 ) untuk dewasa.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds