Gareth Bale Berada Di Bilik Persalinan Liverpool Selepas Menjuarai UCL 2017 2018

Beliau menghabiskan masa selama 20 minit di sana dan berikutan kekecewaan dengan pengurusan Real Madrid ketika itu.

Penjaring 2 gol ketika perlawanan itu juga mahu bertemu beberapa rakan beliau di skuad Liverpool – terutama Adam Lallana di mana mereka sempat meluangkan masa bermain bersama di Southampton.

Difahamkan selepas menjulang piala dan meraikan kejayaan bersama Real Madrid, Bale merupakan pemain pertama yang beredar ke bilik persalinan dan berjumpa dengan rakannya di Liverpool.

Selain itu, difahamkan juga Gareth Bale tidak gembira dengan situasi Real Madrid buat masa sekarang dan mahu kembali ke EPL. Difahamkan Man United merupakan antara destinasi pilihan beliau.

Bale amat marah dengan keputusan Zidane yang mengugurkan beliau dari kesebelasan utama perlawanan akhir tersebut, meskipun telah menjaringkan 5 gol dari 4 perlawanan terakhir beliau diturunkan.

Dan sejurus selepas itu, beliau telah memberikan amaran kepada hierarki kelab itu pada sidang media selepas perlawanan dengan mengancam untuk meninggalkan kelab tersebut jika tidak memperolehi minit permainan yang mencukupi musim hadapan.

Hubungan beliau dengan Zidane juga tegang setelah beliau mengesyaki beliau menjadi mangsa politik di kalangan ahli lembaga pengarah tertinggi Madrid yang mahukan kelab mendapatkan pemain seperti Neymar dan Eden Hazard, sekaligus dengan menjual Bale sebagai tambahan dana untuk kelab.

ADMIN

Cerita Bale ini dapat merungkai bagaimana tingginya nafsu kelab kelab gergasi Spain dalam pemain berkelas dunia.

Good luck Gareth Bale.

Sumber : Daily Mail

Post Author: Mohd Nuruzzaman