Sergio Ramos Akhirnya Membuka Mulut Mengenai Insiden Melibatkan Mo Salah

Beliau membidas kritikan peminat yang mendakwa insiden kecederaan Mo Salah dan Karius adalah disebabkan oleh beliau.

Dan beliau menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa apa kesalahan mengenai insiden tersebut dalam perlawanan akhir UCL bulan lepas.

Mo Salah hanya bermain selama 30 minit sahaja dalam perlawanan tersebut setelah beliau mengalami kecederaan yang didakwa disebabkan oleh pemain pertahanan Real Madrid tersebut.

Sergio Ramos didakwa menjatuhkan Mo Salah sehingga penyertaan beliau dalam kancah Piala Dunia kali ini diragui dengan beliau masih menjalani pemulihan akibat kecederaan tersebut.

Dan Ramos pula didakwa sengaja melakukan pertembungan dengan Karius, di mana selepas insiden itu Karius melakukan 2 kesilapan mudah dalam perlawanan tersebut, seterusnya terdapat dakwaan beliau mengalami konkusi sepanjang perlawanan tersebut.

Insiden itu menyebabkan Ramos dinobatkan sebagai ‘budak jahat’ selepas itu oleh penyokong Liverpool dan juga Egypt, namun kali ini Ramos membidas kembali dakwaan oleh kedua dua penyokong tersebut.

Menurut Ramos :

“Bloody hell, mereka amat memandang serius akan insiden Salah ini”.

“Saya enggan bercakap mengenai itu dan semuanya sudah diperjelaskan sebelum ini. Permainan berjalan seperti biasa, beliau menarik tangan saya terlebih dahulu dan saya terjatuh manakala Mo Salah cedera di lengan yang lain. Dan mereka katakan saya berjudo di padang”.

“Dan mengenai Karius yang pening ketika berlaga dengan saya, saya hanya terdengar Firmino berkata beliau akan jatuh sakit disebabkan titisan peluh saya”.

Salah cuba meneruskan permainan namun kesakitan itu bagaikan tidak tertahan lagi hinggakan beliau terpaksa dikeluarkan awal.

Ramos menyatakan bahawa Salah boleh meneruskan permainan jika beliau mengambil ubat penahan sakit, walaupun itu bakal mengakibatkan beliau akan tersisih lebih lama dan kesan jangka panjang dalam karier beliau.

Tambahnya lagi :

“Saya bercakap menerusi Mo Salah menerusi mesej dan semuanya berjalan lancar”.

“Beliau boleh meneruskan permainan jika mengambil ubat tahan sakit, saya juga sekali sekala melakukannya namun jika anda melakukannya kerap kali, anda akan sentiasa bergantung dengan ubat tersebut”.

“Saya tidak tahu adakah pandangan peminat terhadap saya berlainan setelah bermain dengan kelab ini begitu lama dan memenangi piala ini dalam tempoh yang lama”.

ADMIN

Adakah anda dapat menerima cakap cakap bidasan dari Sergio Ramos ini?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman