Apa Yang Mo Salah Lakukan Apabila Dikunjungi Ratusan Peminat Tanpa Diundang?

Rumah beliau dikerumuni oleh peminat di Egypt setelah alamat rumahnya tersebar di laman Facebook.

Pemain Liverpool itu kembali ke Egypt setelah pasukan itu tersingkir dari Piala Dunia 2018.

Dan Mo Salah sekarang sedang bercuti selama 3 minggu sebelum akan kembali menjalani latihan pramusim di Liverpool, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan ahli keluarga dan rakan rakan beliau di Egypt.

Namun beliau telah diganggu oleh sebahagian peminat dari Egypt dengan muncul di hadapan kediaman peribadi beliau, setelah alamat rumah pemain itu bocor menerusi laman Facebook.

Tetapi Mo Salah tidak menghubungi pihak berkuasa untuk meminta peminat itu beredar, sebaliknya bertemu dengan peminat tersebut dan menandatangani autograf untuk peminat beliau.

Menurut laporan itu juga, pihak berkuasa sememangnya sudah berada di persekitaran rumah Mo Salah ketika itu.

Salah berjaya untuk pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika Final UCL untuk beraksi bersama Egypt, namun tidak berjaya membantu pasukannya untuk mara lebih jauh lagi.

Beliau berjaya menjaringkan gol dalam dua perlawanan yang disertainya.

ADMIN

Mo Salah bukan pemain yang sombong dan melupakan peminatnya. Beliau adalah pemain yang merendah diri.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman