Alisson Akan Buat ‘Debut’ Liverpool vs Napoli – Klopp

Jurgen Klopp mendedahkan yang Alisson Becker akan membuat ‘debut’nya bersama Liverpool ketika menentang Napoli.

Alisson, penjaga gol yang direkodkan sebagai penjaga gol termahal dalam sejarah, dijadual menyertai skuad Liverpool di kem latihan mereka di Perancis, selepas diberi cuti panjang.

Liverpool akan berlatih di Evian-les-Bains sebelum mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim menentang Napoli pada 4 Ogos, dengan pemain antarabangsa Brazil itu bersiap sedia untuk membuat penampilan pertamanya selepas berpindah dari Roma.

Ketibaan Alisson secara tidak langsung telah meningkatkan ketidakpastian mengenai masa depan Loris Karius dan Simon Mignolet, dengan kemungkinan Alisson akan diturunkan dalam perlawanan pertama PL bagi Liverpool, menentang West Ham United.

Menurut Klopp, sangat jelas Alisson adalah penjaga gol bertaraf dunia, jadi semestinya Liverpool tidak akan teragak-agak untuk menurunkan beliau. Segalanya terserah kepada Alisson sendiri, jika dia telah bersedia, dia akan pasti diturunkan.

Yang pasti, skuad The Reds perlu membantunya supaya dia dapat melakukan yang terbaik mungkin.

Alisson sendiri begitu berkeinginan tinggi untuk cepat turun beraksi bersama skuad Liverpool, terutamanya ketika skuad berada dalam lawatan ke Amerika, tetapi ianya adalah mustahil.

Yang mana jelas Klopp, Alisson telahpun mengharungi satu musim yang panjang sebagai penjaga gol di Roma sebelum ini, ditambah lagi dia adalah penjaga gol nombor 1 Brazil, yang jelas merupakan tahun yang sengit buat beliau. Oleh itu, Klopp menyuruhnya untuk bercuti lagi.

Jangan tamak, kerana Liverpool masih mempunyai 2 perlawanan pra-musim yang berbaki, dan vs West Ham hanya merupakan perlawanan yang pertama untuk musim ini, bukan yang terakhir.

Klopp luahkan juga, yang Alisson akan bermain di Dublin, menentang Napoli.

Klopp turut menyatakan, tidak ada sebarang keputusan lagi dibuat mengenai masa depan Karius mahupun Mignolet, dengan salah seorang penjaga gol dijangka dilepaskan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sokongan kepada Karius di Liverpool semakin berkurangan, selepas prestasi buruknya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, sementara Mignolet pula berkemungkinan dapat memulakan kempen baru sebagai pilihan ke-3.

Mignolet masih belum melaporkan diri untuk latihan selepas diberi cuti panjang berikutan penglibatannya dalam kempen Piala Dunia bersama Belgium.

Klopp tidak mahu tergesa-gesa, kerana baginya baik Karius atau Mignolet, kedua-duanya adalah penjaga gol terbaik buat Liverpool. Segalanya akan dinilai dalam perlawanan pra-musim. Keputusan hanya akan diperolehi sehingga hari terakhir jendela perpindahan.

Ini kerana, Liverpool memerlukan skuad yang lebih kuat dan Karius bagi Klopp adalah penjaga gol yang cemerlang. Dan itu adalah hakikat.

Tugas Klopp bersama-sama dengan Michael Edwards dan Mike Gordon adalah untuk membawa pemain terbaik yang boleh didapati buat Liverpool, bersandarkan kepada ‘jika mereka layak’.

Admin :

Dari cakap Klopp, jelas nampak yang beliau lebih memihak kepada si Karius.

Yelah, Karius idaman beliau dari ketika bersama Dortmund dulu lagi. Yang mana Klopp sendiri akui, beliau adalah peminat besar kepada Karius.

Karius juga adalah pemain yang beliau beli buat beri saingan kepada Mignolet.

Sebarang keputusan, kita sebagai peminat harus berlapang dada. Klopp lakukan demi yang terbaik untuk Liverpool, seperti juga macam yang kita kehendaki.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Telegraph

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds