Kem Latihan Evian – Persekitaran Yang Diminati Oleh Golongan Diraja dan Bolasepak Germany

Roberto Firmino dan Alisson akan menyertai skuad Liverpool buat pertama kali sejak Piala Dunia berakhir.

Liverpool menukar corak latihan mereka yang berlatarbelakangkan stadium terbesar di Amerika Syarikat kepada suasana yang lebih tenang berhadapan dengan Tasik Geneva.

Selepas tiba dari Amerika Syarikat di mana perlawanan terakhir mereka adalah menentang Man United, mereka berlepas pula ke France untuk menjalani latihan di kawasan Timur Selatan France minggu ini.

Kawasan peranginan itu pernah dihadiri oleh golongan diraja seperti King Edward VII, George V serta King Farouk dari Mesir, namun apa yang menarik perhatian Klopp adalah kesesuaian pusat itu untuk kem latihan seterusnya.

Pasukan kebangsaan Germany terlah menggunakan pusat latihan itu sebagai kem mereka ketika Euro 2016, dan berjaya melangkah ke Separuh Akhir ketika itu.

Pihak Germany telah menempah kesemua 80 bilik hotel di sekitat pusat latihan itu untuk delegasi mereka.

Selain itu padang Stadium Camille Fournier pernah digunakan oleh beberapa pasukan Inggeris lain untuk tujuan latihan seperti Southampton, Sunderland dan Fulham.

Kem latihan kali ini bakal menyaksikan kembalinya ‘ejen’ Roberto Firmino bersama sama Alisson yang ‘dihasutnya’ semasa dalam pasukan Brazil bekerjasama dengan rakan sepasukan barunya.

Trent Alexandre Arnold akan kembali juga pada hari Selasa selepas penglibatan Piala Dunia bersama England.

Skuad Liverpool akan terus berlepas ke Dublin dari France untuk menentang Napoli selepas kem latihan ini.

ADMIN

Minggu yang sibuk buat pemain Liverpool dan situasi yang perlu dilalui sebelum liga bermula.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman