Mo Salah Berada Dalam Senarai Pemain Terbaik UEFA 2017 2018

Beliau disenarai pendek bersama sama Luka Modric dan Cristiano Ronaldo untuk anugerah tersebut.

Mo Salah telah menjaringkan 10 gol untuk membantu Liverpool menjejakkan kaki ke Final UCL dalam penampilan pertamanya bersama The Reds.

Beliau dicalonkan bersama sama dua lagi pemain Real Madrid, Luka Modric dan Cristiano Ronaldo yang bersama Real Madrid dalam perlawanan akhir tersebut.

Pemenang akan diumumkan dalam undian peringkat kumpulan UCL pada Khamis 30 Ogos 2018, dengan pemain dari Mesir itu turut tercalon untuk menerima Anugerah Penyerang Terbaik UEFA Musim 2017 2018.

ADMIN

Diharap Mo Salah dapat meraih salah satu daripada anugerah yang dicalonkan kepadanya. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman