Jurgen Klopp “Kembali” Ke Borussia Dortmund

Pengurus Liverpool itu kembali ke Signal Iduna Park untuk satu perlawanan amal di sana.

Beliau “menduduki” kerusi pengurus Dortmund di stadium itu dalam satu perlawanan testimonial untuk Roman Wiedenfeller.

Bekas penjaga gol Dortmund itu telah bersara sepenuhnya dari bolasepak pada musim panas lepas di saat umur beliau 38 tahun, merupakan penjaga gol untuk Dortmund sepanjang 7 tahun Jurgen Klopp di sana. Beliau telah menjulang dua kejuaraan Bundesliga dan satu Piala German serta melakukan penampilan dalam perlawanan akhir UCL.

Wiedenfeller juga merupakan sebahagian daripada skuad Germany yang memenangi Piala Dunia 2014.

Klopp bertindak sebagai “pengurus” pasukan Borussia Dortmund All Star yang menentang pasukan Roman and Friends.

Seramai 70,000 penonton menyaksikan kemenangan di pihak Klopp, dengan penampilan pemain pemain lagenda seperti Per Mertesacker, Michael Ballack, Jens Lehmann dan Lukas Podolski.

Weidenfeller sendiri menjaringkan 2 gol, dengan salah satunya menerusi larian penuh dari hujung gol ke gol bertentangan dan satu lagi menerusi sepakan penalti.

Selepas ini Klopp akan menjadi pengurus untuk satu lagi pasukan pilihan James Milner menentang Stiylian Petrov dalam satu perlawanan amal di Celtic.

ADMIN

Jurgen Klopp juga dianggap sebagai seorang figura popular di Dortmund dan kehadiran beliau amatlah dialu alukan di sana.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman