Taktikal Analisis : Liverpool Mengunci Pergerakan Bahagian Tengah PSG

Ianya begitu mudah bagi Jurgen Klopp yang memberikan tekanan kepada pemain tengah dan juga Milner, Henderson dan Wijnaldum tidak memberikan ruang  untuk Angel Di Maria,  Adrien Rabot dan Neymar untuk membuat serangan berbahaya kepada Liverpool.

Sebagaimana yang kita saksikan, tekanan dan penguasaan bahagian tengah dan dibahagian serangan Liverpool untuk mematahkan serangan yang cuba dilakukam oleh PSG adalah kunci kepada kemenangan kali ini.

Kita saksikan juga bagaimana Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson mengambil peluang dibahagian sayap untuk memberikan masalah kepada PSG.

Namun, keadaan lebih menyeksakan buat PSG dimana pemain serangan mereka tidak memberi tekanan kepada bek sisi Liverpool yang menyerang dan memenuhi bahagian sayap adalah salah satu kunci utama kemenangan Liverpool kali ini.

Saksikan :

Pada perlawanan ini Liverpool begitu berintensiti dan sungguh bertenaga untuk menngalahkan pasukan yang mempunyai serangan termahal dunia.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Nouman

Post Author: Nazz Adam