Nabil Fekir Cemerlang Berhadapan Juara Bertahan “EPL” – Kekal Jaguh Kampung

Fekir menjadi sumber inspirasi kemenangan mengejutkan Lyon atas The Citizens berkat sumbangan gol dan bantuan gol beliau.

Manchester City secara mengejutkan harus menelan kekalahan 2-1 saat bertemu Olympique Lyon dalam pertembungan kumpulan F Liga Juara-juara musim ini di Etihad Stadium, Khamis (20/9) pagi tadi.

The Citizens sebenarnya memulai perlawanan dengan sangat baik, mendapatkan sejumlah peluang melalui aksi Fernandinho hingga Raheem Sterling, namun gagal karena penyelesaian akhir yang lemah serta penampilan cemerlang Rony Lopes di barisan akhir Lyon.

Pergerakan cantik Nabil Fekir menginspirasi Lyon untuk menghadirkan kejutan bagi tuan rumah pada minit ke-26. Fekir yang bergerak dari kiri memberikan hantaran indah untuk disudahkan oleh Maxwel Cornet.

Usaha City dalam menyamakan kedudukan terus menemui jalan buntu sepanjang separuh masa pertama. Manakala Lyon menambah derita Man City dua minit sebelum rehat dimana dia melakukan gerakan umpama Leonel Messi lalu merembat kencang memperdaya Ederson.

Video Gol Fekir :

Corak permainan separuh masa kedua juga tampak serupa di separuh masa pertama . City dominan dalam menyerang tapi sukar untuk mendapatkan gol, sementara Lyon dengan serangan balik mereka tampak membahayakan dan beberapa kali berpeluang menambah jaringan.

Detik yang ditunggu Pep Guardiola dari bangku penonton hadir pada minit ke-67. Bernardo Silva mencatatkan namanya di sebagai penjaring sekaligus menipiskan difisit jaringan City melalui rembatan deras beliau setelah menerima umpanan yang dilepaskan Leroy Sane.

Beberapa pergantian dilakukan City untuk mencari gol penyamaan, termasuk memainkan Riyad Mahrez untuk mengisi posisi Sterling. Peluang keemasan lahir minit akhir melalui  Sergio Aguero namun tetap tidak mampu mengubah kedudukan yang berpihak pada Lyon.

  1. Fulltime:

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan