James Milner Dijangka Terlepas Aksi Selama Sebulan Berikutan Kecederaan Hamstring

Pemain ini dikeluarkan dari perlawanan menentang Man City pada minit ke 29.

Sebelum ini, beliau merupakan pemain yang mempunyai kerajinan tinggi di atas padang di mana membantu Liverpool berada di kelompok atasan liga buat masa sekarang.

Namun beliau mengalami kecederaan ini dikeluarkan lebih awal, namun hasil pemeriksaan lanjutan mendedahkan kecederaan hamstring itu bakal menyisihkan beliau selama sebulan selepas ini.

Selepas 2 minggu cuti bagi memberikan laluan kepada perlawanan antarabangsa, Liverpool akan menentang Huddersfield dan Cardiff dalam aksi liga dan juga Red Star Belgrade dalam kancah UCL.

Klopp berharap dapat menurunkan kembali Milner sebelum perlawanan menentang Arsenal pada 03 November 2018.

Naby Keita dan Fabinho merupakan calon yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan Milner, manakala Adam Lallana juga dijangka akan diturunkan.

ADMIN

Untuk kecederaan sebegini, kesabaran untuk pulih amatlah diperlukan.

Get well soon Milly! YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman