Perkembangan Terkini Mengenai Kecederaan Mo Salah

Pemain Liverpool ini menjaringkan gol ketika menentang Swaziland sebelum dikeluarkan akibat kecederaan.

Dan beliau telah kembali ke Liverpool hari ini untuk rawatan susulan kecederaannya, namun penolong pengurus Egypt Hany Ramzy telah menolak kemungkinan mengenai sebarang kecederaan serius.

Beliau telah menjaringkan gol menerusi sepakan sudut beliau ketika kemenangan 4 – 1 ke atas Swaziland, namun beliau mengadu mengalami kesakitan pada paha pada minit ke 88.

Menerima rawatan ketika di luar padang dan kembali bermain, namun akhirnya beliau dikeluarkan pada masa kecederaan.

Namun Ramzy menolak kemungkinan pemain itu telah mengalami kecederaan serius.

“Pemeriksaan lanjutan mendedahkan bahawa Mo Salah mengalami sedikit kecederaan pada otot dan tiada mengalami kecederaan serius”.

“Beliau menjalani imbasan untuk menentukan kecederaan dan tempoh masa untuk beliau pulih sepenuhnya”.

“Ianya bukan kecederaan yang serius, kami akan menyokong beliau untuk kembali bermain tanpa sebarang impak serius terhadap prestasinya”.

Manakala laman Facebook rasmi pasukan Egypt juga mengesahkan beliau tidak akan bermain dalam perlawanan timbal balik menentang Swaziland pada Selasa depan dengan pemain itu dilaporkan sudah kembali ke Melwood.

Menurut laman rasmi tersebut :

“Javier Aguirre telah membenarkan Mo Salah untuk kembali ke Liverpool dan tidak terlibat dalam perlawanan menentang Swaziland untuk membenarkan beliau berehat lebih lama”.

Pemain itu sebelum ini telah membuat penampilan kedua terbanyak musim lepas, dengan diturunkan sebanyak 52 kali daripada 56 perlawanan Liverpool FC.

Beliau juga telah terlibat dengan 10 daripada 11 perlawanan melibatkan Liverpool pada musim ini.

Keadaan beliau belum dapat dipastikan untuk diturunkan ketika menentang Huddersfield Town minggu hadapan setelah perlawanan antarabangsa ini berakhir.

ADMIN

Kecederaan hamstring memerlukan sedikit masa untuk pulih. Jadi tidak menghairankan jika Klopp memilih untuk tidak menurunkan Mo Salah dalam perlawanan di Huddersfield.

Semoga cepat sembuh Mo Salah.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman