Meskipun Menang Ke Germany, Georginio Wijnaldum Enggan Mendabik Dada

Beliau enggan membandingkan pencapaian pasukan kebangsaan beliau dengan pasukan Germany atau France.

Virgil Van Dijk, Memphis Depay dan Gini Wijnaldum masing masing telah membantu Netherlands untuk mencatatkan kemenangan selesa 3 – 0 ke atas Germany awal pagi tadi.

Namun Gerginio Wijnaldum tidak mahu memperkatakan kemenangan itu secara berterusan, sebaliknya memperkatakan pasukan kebangsaannya itu belum mencapai prestasi setaraf Germany dan juga France.

Menurut Wijnaldum :

“Sejujurnya saya tidak tahu akan kedudukan kami. Kami tidak sepatutnya membanding prestasi kami dengan pasukan yang lain ketika ini”.

“Kami hanya fokus untuk memenangi perlawanan seterusnya. Selepas itu kami akan bercakap mengenai perkara tersebut. Kami harus memberikan segalanya yang terbaik untuk pasukan kami”.

“Ianya tidak bagus untuk memperkatakan, kami berada setaraf dengan mereka”.

Steven Bergwijn, Denzel Dumfries dan Arnaut Groeneveld masing masing telah melakukan penampilan pertama dalam pasukan kebangsaan Netherlands, dan Ginj Wijnaldum memuji pemain baru dengan menyatakan mereka layak bermain untuk skuad kebangsaan.

“Disebabkan kecederaan, kami terpaksa menurunkan beberapa pemain muda yang melakukan penampilan antarabangsa. Mereka bermain dengan baik sekali”.

“Mereka amat berani, dan semestinya layak untuk bermain dalam skuad kebangsaan Netherlands. Kerana mereka kami berjaya mendapatkan keputusan yang baik”.

Statistik – Netherlands vs Germany

Kemenangan 3 – 0 Netherland ke atas Germany merupakan kemenangan pertama negara itu ke atas jiran mereka dengan 3 gol ke atas.

Germany telah gagal untuk menjaringkan gol dalam tiga perlawanan sebelumnya; menentang Korea Selatan, France dan Netherlands.

ADMIN

Netherlands akan turun menentang Belgium dalam perlawanan persahabatan pada Selasa. ( Awal pagi Rabu)

Sumber : Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman