Reds Star Belgrade Kehilangan Beberapa Bintang Mereka Atas Masalah Kecederaan

Reds Star mengalami kerisauan apabila kehilangan beberapa bintang mereka dan yang terbaru bekas pemain Chelsea, Marko Maein diketepikan susulan kemenanangan 3-1 keatas Reds Beograd.

Marko Marin yang menyertai Chelsea daripada Olympiacos pada musim panas ini, gagal untuk pulih daripada kecederaan walaupun membantu kemenangan pasukannya.

Pengurus mereka, Vladan Milojevic juga turut kehilangan bek kiri nya Milan Rodic dan juga pemain tengahnya Jonathan Cafu yang dipinjamkan dari Bordeaux untuk perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Anfield.

Cafu mungkin akan diketepikan tetapi kehilangan Rodic dan Marin memberi sakit kepala kepada Milojevic. Pengurus Red Star itu turut meragui kecergasan pemain pertahanan tengahnya, Vujafin Savic.

Red Star yang berjaya kembali semula ke Liga Juara-Juara setelah 26 tahun berjaya mendapatkan mata yang sukar di Napoli, juga turut dibelasah 6-1 oleh Paris St Germain.

Mungkin ianya berita baik buat Liverpool, tetapi di Liga Juara-Juara apa pun boleh terjadi terutamanya bagi pasukan yang terlalu inginkan pasukannya terus memberi cabaran kepada pasukan elit yang lain.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Adam