Andrew Robertson Percaya Liverpool Telah Membangun Keupayaan Untuk Memenangi Liga Perdana

Kapten Skotland  itu bercakap mengenai prestasi pasukannya ketika menentang Huddersfield Town dan bagaimana mereka membuktikan bahawa mereka bersedia menolak kesemua pesaing lain.

Liverpool mungkin tidak menonjol minggu lalu tetapi mereka berjaya membawa pulang tiga mata daripada Stadium John Smith.

Andy Robertson percaya keupayaan Liverpool telah dibangunkan untuk memenangi perlawanan walaupun mereka bukan ditahap yang terbaik. Ianya adalah bukti untuk Liverpool akan memberi saingan untuk mendapatkan Liga Perdana pada musim ini.

Gol yang dihasilkan oleh pemain sayap Mesir, Mohamed Salah yang berjaya mencipta beberapa peluang terbuka tetapi prestasinya masih lagi tidak menentu.

Namun Andrew Robertson berkata watak dan ketahanan pada perlawanan itu jelas adalah bukti untuk mereka menolak kesemua pesaing mereka untuk memenangi Liga Perdana dari pelbagai arah.

“Kami jelas tidak berada dalam prestasi yang terbaik tetapi perlawanan ini adalah sesuatu yang anda perlu menanginya jika anda mahu memberi saingan dan kami bermain dengan lebih baik.”

“Ya. Tentu saja, ada sedikit kelegaan. Ia adalah permainan yang sukar apabila menentang pasukan yang sangat baik.”

“Ianya sangat penting apabila anda datang ke tempat ini dan memenangi nya.”

“Bernasib baik apabila kami berjaya meletakkan situasi kami dihadapan dan kami telah melihatnya dari situ.”

“Kami boleh bermain dengan lebih baik tetapi mereka membuatkannya sungguh sukar.”

Pasukan Jurgen Klopp ketika ini berada dikedudukan kedua dalam carta liga dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas sembilan perlawanan.

Liverpool masih mengekalkan mata yang sama dengan peneraju liga ketik ini, Manchester City yang menjaringkan lima gola ketika menentang Burnley.

Robertson juga memberi pujian yang tinggi kepada David Wagner namun malangnya gol yang dijaring mereka dalam keadaan ‘off side’.

“Kami tidak terkejut dengan prestasi Huddersfield.

“Kami melakukan analisis dan didalam perbincangan kami, pasukan analisis dan juga pengurus turut memberitahu yang mereka adalah pasukan yang baik berbanding mata mereka didalam liga dan saya fikirkan mereka membuktikan nya.”

Mereka bermain sangat baik dan mereka mungkin sedikit malang ketika ini untuk berada di paras terbawah carta liga. Saya rasa mereka akan mempunyai musim yang positif.

“Mereka hanya perlu bangkit, terus berlari dan diharapkan mereka akan melakukannya. Tetapi bagi kami, ianya adalah soal mendapat tiga mata.”

David Wagner pada musim lalu membuat kejutan walaupun tanpa dana yang banyak tetapi cukup bijak dalam urusan perpindahan mereka.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Adam