Besiktas Didakwa Mahu Membuat Tawaran Pemansuhan Pinjaman Loris Karius

Penjaga gol dari Germany ini dibenarkan meninggalkan Liverpool buat sementara disebabkan beberapa kesilapan individu.

Dan terdapat dakwaan bahawa Karius akan kembali ke Anfield setelah 3 bulan di Turki disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan beliau ketika beraksi bersama Besiktas.

Beliau telah terlibat dalam beberapa kesilapan dalam perlawanan awal musim, serta yang terkini adalah menentang Malmo yang didakwa membuatkan pengurusan Besiktas hilang sabar terhadap beliau.

Sebelum ini beliau melakukan kesilapan ketika aksi Final UCL musim lepas yang menyebabkan Liverpool terlepas kejuaraan tersebut.

Berikutan dengan itu, beberapa siri kesilapan yang dilakukan penjaga gol ini dalam aksi pramusim telah mendorong untuk Jurgen Klopp membawa masuk khidmat Alisson.

Difahamkan Besiktas membayar 50% dari gaji Karius di Turki dan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjaga gol itu secara tetap.

Menurut sumber Fotomac, Besiktas juga mahu mendapatkan khidmat Divock Origi dengan mendakwa melepaskan Karius kembali ke Anfield selepas itu.

Klopp mungkin akan melepaskan Origi ke kelab lain, namun tidak berhasrat untuk membawa Karius kembali ke dalam Liverpool buat masa terdekat.

Namun Karius kekal selaku penjaga gol nombor 1 Besiktas yang menentang Rizespor semalam dengan kemenangan 4 – 1.

Manakala pengganti Karius, Alisson telah mencatatkan rekod tanpa bolos 8 perlawanan dari 14 penampilan.

ADMIN

Tidaklah dipastikan sejauh mana kebenaran berita ini, namun jika beliau dihantar kembali maka peluang beliau untuk beraksi dalam kesebelasan utama lagi tipis.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman