Cristiano Ronaldo Menerima Persaingan Mohamed Salah Bagi Anugerah Ballon D’Or

Bekas pemain Real Madrid tersebut percaya Mo Salah berada dalam perbalahan setiap pencinta bola sepak bagi Anugerah Ballon D’Or tahun ini.

Ronaldo percaya bahawa Salah adalah pesaing untuk merangkul anugerah tersebut dan mencabar penyerang Liverpool tersebut membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemain yang hebat untuk satu musim sahaja.

Salah dalam perjalanan untuk mendapatkan anugerah berprestij bagi seorang pemain selepas musim yang sensasi pada musim lalu dimana beliau menjaringkan 44 gol dalam 52 penampilannya dan turut membantu Liverpool ke Final Liga Juara-Juara.

Namun pemain Mesir tersebut terpaksa dikeluarkan lebih awal kerana mengalami kecederaan bahu ketika berebut bola bersama Sergio Ramos dan turut menjadi kekecewaan ketika itu apabila pasukan Ronaldo ketika itu memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.

Pemain Portugal tersebut yang berpindah ke Juventus pada awal musim ini bahkan menjadi pemain yang diyakini mengekalkan kejuaraan individu tersebut buat kali ke-6.

Juga turut meletakkan Salah sebagai pesaing, beliau juga menyampaikan peringatan mengenai impak yang dibawa oleh pemain Liverpool tersebut hanya sebentar.

“Sudah tentu saya mahu memenanginya. Anugerah tersebut adalah yang keenam buat saya.”

“Siapa pesaing saya? Ianya sama seperti biasa, walaupun sekiranya saya tidak tahu jika Lionel Messi akan berada dalam podium Ballon D’Or kali ini.”

“Jadi, katakanlah Mohamed Salah, Luka Modric, Raphael Varane, Kylian Mbappe. Kerana Perancis secara umumnya adalah juara dunia.

“Tetapi saya akan tunggu dan melihat jika kesemua pemain ini akan kekal diatas untuk tempoh 10 tahun ini, seperti Messi dan saya yang melakukannya dan sama seperti yang kami terus lakukan. Kekal di podium untuk tempoh lebih daripada 10 tahun ini.”

Ronaldo dalam kegusaran mungkin kerana terdapat cabaran yang mampu menidakkan peluangnya sebagi juara anugerah berprestij ini buat kali keenam.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Adam