‘Liverpool Untuk Dijual’ – Spekulasi Tidak Berasas

FSG bertindak balas terhadap ‘spekulasi tidak berasas’, yang mengatakan Liverpool akan dijual.

Laporan melalui akhbar terkemuka Amerika, telah melaporkan yang Fenway Sports Group akan menjual Reds dengan harga £ 1.5 bilion.

Pemilik Fenway Sports Group telah menolak ‘spekulasi yang tidak berasas’ itu, yang mengatakan mereka sanggup untuk menjual Liverpool Football Club.

Laporan daripada New York Post mendakwa, pemilik utama John W Henry menawarkan sendiri kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Reds, dengan akan mempertimbangkan tawaran lebih daripada $ 2 bilion, yang bersamaan dengan £ 1.53 bilion.

Jurucakap Liverpool berkata, dengan rasa tidak berpuas hati terhadap laporan tersebut, dan sebagai wakil bagi pihak pemilik kelab, beliau menolak dengan sepenuhnya spekulasi yang tidak berasas tersebut.

Dengan tegas wakil dan jurucakap pemilik Liverpool mengulangi sekali lagi, bahawasanya Liverpool TIDAK AKAN DIJUAL !

Ini termasuklah, sebarang tindakan secara diam-diam mahupun terdapat proses penjualan yang dilakukan secara tersembunyi.

FSG menyampaikan mesej yang sama pada bulan Ogos lalu, selepas terdapat laporan mengatakan mereka telah berbincang dengan Sheik Khaled Bin Zayed Al Nehayan yang berpangkalan di Abu Dhabi, sepupu kepada pemilik Manchester City, Sheik Mansour, atas potensi pengambilalihan Liverpool dengan harga £ 2 billion.

Sepupu Kepada Pemilik Manchester City Gagal Dalam Pengambilalihan Liverpool Dengan Harga £ 2 Bilion

Pemilik Liverpool menggunakan perkhidmatan Allen & Company, sebuah bank pelaburan yang berpangkalan di New York, untuk menyelia dan menapis penggantian pertanyaan yang diperolehnya daripada bakal pelabur.

Mereka menegaskan bahawa perbincangan dengan Sheik Khaled tidak dapat melepasi peringkat seterusnya dengan Allen & Company, kerana ia dinilai tidak boleh dipercayai dan berbaloi untuk meletakkan pemegang saham utama kepada Henry dan Mike Gordon.

Walaupun pengambilalihan penuh tidak termaktub dalam agenda utama, FSG tetap terbuka kepada idea untuk menjual saham minoriti, demi untuk meraih kembali keuntungan daripada pelaburan yang tepat.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds