Liverpool Mengekalkan Rekod Tanpa Kalah Di Liga Perdana

Liverpool terus memberi tekanan kepada pendahulu ketika ini Manchester City dengan kemenangan 2-0 keatas Fulham.

Liverpool secara umumnya masih lagi mencari-cari kemuncak prestasi kesemua pemain terutamanya trio serangan Mane, Salah dan Firmino.

Gol yang dijaringkan oleh Salah pada separuh masa pertama dan Shaqiri pada separuh masa kedua meletakkan Liverpool kembali dalam jajaran perebutan EPL pada musim ini.

Reds ketika ini dengan 30 mata memimpin kedudukan liga secara sementara. Liverpool terlalu hebat bagi pasukan yang baru dinaikkan pangkat musim ini Fulham walaupun masih lagi tercari-cari prestasi maksimum sejauh musim ini.

Manchester City akan menjamu Manchester United di  Etihad pada jam 12.30 malam ini dan Chelsea akan menghadapi Everton di Stamford Bridge selepas ini.

Sejurus habis kesemua perlawnan minghu ini, EPL akan berehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Nazz Adam