Legenda Manchester United Ini Mendedahkan Kenapa Dia Benci Apabila Menentang Fernando Torres

Pemain pertahanan United ini dikeluarkan sebanyak 3 kali ketika menentang Liverpool dan semuanya akibat dilayangkan kad merah.

MANCHESTER, ENGLAND – Sunday, March 23, 2008: Liverpool’s Fernando Torres is brought down by Nemanja Vidic, Michael Carrick and Patrice Evra during the Premiership match against Manchester United at Old Trafford, but no foul is given. (Photo by David Rawcliffe/Propaganda)

Peminat Liverpool menjadi  terlalu biasa apabila menonton Nemanja Vidic bergelut ketika menentang Liverpool dan secara khususnya apabila berhadapan Fernando Torres sepanjang kariernya di Old Trafford.

Pemain pertahanan tersebut dibuang padang sebanyak 3 kali berturut-turut ketika menentang Liverpool dibawah Rafa Benitez, beliau juga turut mengakui terdapat sejumlah penalti ketika pertempuran menentang Reds.

Lagenda berusia 37 tahun tersebut yang muncul di BeIN Sport sebelum Derby Manchester membuka rekodnya yang tidak dapat dipertikaikan ketika menentang Liverpool, mencerminkan perlawanan ketika sering berhadapan dengan Torres, kesukaran bermain di Anfield dan mengapa dia sering dibuang padang begitu mudah semasa menentang Reds!

“Untuk pergi dan bermain menentang Liverpool sebagai pemain United adalah perkara yang sangat sukar. Para peminat sentiasa berada diatas anda dan juga begitu dekat dengan padang dan ianya menyukarkan anda.”

“Saya sukakannya, itulah sebabnya saya peroleh 2 kad merah disana! Saya terlalu menikmatinya.”

Saya dibuang padang 3 kali ketika menentang Liverpool tetali tidak pernah melakukan apa-apa pada Torres, Gerrard sekali, saya fikirkan Alonso juga. Tetapi ketika itu saya dilayangkan 2 kad kuning sebenarnya.”

“Torres adalah pemain terbaik. Ketika itu beliau adalah penyerang terbaik didalam liga. Dia menjaringkan beberapa gol ketika menentang United.”

Beliau meneruskan,

“Didalam Liga Perdana saya mempunyai sejumlah perlawanan terbaik menentang Drogba dan kadangkala agak teruk.”

“Saya bermain dengan baik ketika menentang Torres dan minggu seterusnya bermain teruk, itulah Liga Perdana. Anda tidak akan sentiasa bermain dengan baik setiap minggu.”

“Itulah sebabnya saya sukakan Liga Perdana. Dalam satu perlawanan anda akan menentang pemain yang kuat seperti Drogba, perlawanan seterusnya akan menentang pemain seperti Torres atau Aguero.

“Jika orang sekeliling melihat saya hidup, mereka akan berkata, ‘Saya fikir anda lebih besar!’ Saya tidak pernah besar, tetapi saya memberikan segala-galanya dalam cabaran.”

“Itulah sebabnya saya tidak pernah menjadi lebih besar kerana saya tahu minggu depan saya akan mempunyai Torres atau Aguero jadi saya tidak pernah menghabiskan banyak masa di gim kerana anda perlu menyesuaikan diri dengan pemain.”

“Saya tidak pernah melakukan dengan baik apabila menentang pemain yang mempunyai keistimewaan titik graviti rendah.”

Beliau antara pemain paling bergelut apabila menentang Torres tetapi beliau adalah lagenda kerana kemampuannya dan berikan yang terbaik didalam setiap cabaran yang beliau hadapi.

Beliau juga antara pertahanan terbaik dunia dimasa kemuncaknya terutama apabila dibawah jurulatih lagenda United, Sir Alex Ferguson. Ketika beliau bergandingan bersama Rio Ferdinand yang antara pemain pertahanan termahal dunia ketika itu. Gandingan tersebut sungguh ampuh sehingga memberi beberapa siri kejuaraan kepada United.

Diharapkan Liverpool mempunyai pemain seperti bekas duo pertahanan terbaik ini untuk memberikan Liverpool kejuaraan. Mungkin gandingan Joe Gomez-Virgil Van Dijk boleh menjadi sebaris dengan mereka atau lebih baik daripada mereka.

Tetapi apa yang anda perlukan adalah tetap konsistensi selama bertahun-tahun untuk menjadi pemain pertahanan terbaik dunia.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Adam