Seamus Coleman Berjanji Kepada Peminat Everton, Mereka Tidak Akan Kecewa Lagi

Pemain pertahanan Everton tersebut pernah merasai kemenangan Everton semasa debutnya dalam derby Merseyside pada 2010, dan itu juga merupakan kemenangan terakhir Blues menentang Liverpool.

Seamus Coleman bertekad untuk mengakhiri kesengsaraan para peminat Everton dalam derby Merseyside kali ini, menjelang lawatan pasukan Marco Silva itu ke Anfield, dengan perlawanan pada awal pagi ini.

Coleman telah membantu Blues meraih kemenangan pada debut derby beliau, dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Liverpool pada Oktober 2010.

Walau bagaimanapun, ia kekal menjadi kemenangan derby Merseyside terakhir buat Everton, sementara mereka belum pernah menang lagi di Anfield sejak tahun 1999.

Tetapi kini, pasukan Silva datang ke Anfield dengan kecergasan ditahap yang terbaik, malah hanya kalah sekali daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka, dan kini berada ditangga ke-6 carta Liga Perdana.

Dan Coleman telah bersumpah akan melakukan segala-galanya, demi untuk meraih kemenangan derby yang pertama sejak 8 tahun yang lalu.

Jelasnya, bercakap memang mudah, namun menjadikan kenyataan itu sedikit sukar.

Jika tidak, mereka Everton telahpun dapat mengalahkan Liverpool sejak 5 atau 10 tahun yang lalu.

Dengan kemenangan yang mereka raih telahpun berlaku terlalu lama dahulu, Coleman dan seluruh skuad Everton positif, dengan terus memandang ke depan.

Memberi pemain baru merasai sendiri bagaimana hebatnya apabila dapat merasai kemenangan setelah mengalahkan Liverpool dalam derby Merseyside.

Jika kemenangan berjaya diraih, ianya adalah sebuah hadiah yang sangat istimewa buat seluruh peminat Everton juga, selepas berdepan dengan kesengsaraan dikalahkan Liverpool sekian lama.

Segala apa yang dicakapkan beliau ini bukan hanya omongan kosong, segalanya akan skuad Everton tunjukkan dalam perlawanan nanti dipadang.

Yang mana, perlawanan ini amat penting, kerana ia melibatkan bandar mereka sendiri, maruah telah tercemar dan kali ini Everton tidak akan mudah mengaku kalah.

Malah, mereka tidak sabar untuk mewarnai derby Merseyside kali ini dengan warna biru, setelah begitu lama diwarnakan merah.

Bos Everton sendiri berkeinginan tinggi untuk memenangi derby Merseyside kali ini, dan Coleman mengatakan tidak penting siapa yang akan diturunkan nanti, yang lebih utama adalah mengalahkan Liverpool.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds