Joe Hart Mengharapkan Burnley ‘Merubah Menjadi Ribut Membantai’ Liverpool

Joe Hart mahu Clarets ‘mencetuskan ribut’, kerana mereka berusaha untuk ‘mencerahkan kabus’ di Turf Moor.

Hart akan diturunkan Burnley untuk menentang Liverpool dalam pertembungan awal pagi ini, dengan pasukan Burnley berusaha mencari kemenangan pertama mereka selepas lapan perlawanan di laman sendiri.

Liverpool pula, yang datang ke laman Burnley dengan belum terkalahkan lagi di liga, Hart menyambutnya dengan penuh bersedia untuk bangkit menghadapi cabaran itu dan cuba membantu Burnley mendapatkan keputusan yang baik.

Keputusan positif, yang boleh mengembalikan maruah Burnley di musim ini.

Yang mana menurutnya, mereka seluruh skuad Burnley perlu kuat mental, fizikal dan bersiap sedia untuk berdepan dengan Liverpool.

Kerana, persediaan Burnley telah dilakukan awal, dimana semestinya bukan lagi rahsia di Liga Perdana sendiri, menyaksikan Liverpool beraksi dengan pelbagai jenis serangan menyerang dan juga sangat kukuh sekali di bahagian pertahanan.

Perlawanan semestinya akan menjadi sengit, tapi Burnley telah menunjukkan selama bertahun-tahun lagi yang mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi pasukan seperti Liverpool.

Hart turut mengatakan yang Burnley akan menjadikan kehebatan mereka ibarat ‘ribut’ yang akan ‘membantai’ Liverpool, dimana cuba untuk merampas 3 mata daripada kubu mereka, Turf Moor.

Terangnya lagi, sesuatu yang amat dahsyat, sesuatu yang akan menjadikan pertembungan ini lebih sukar buat Liverpool, sesuatu yang sukar untuk digambarkan.

Dan Hart berharap untuk mengalahkan Liverpool, bagi menjadi pemangkin kepada peningkatan Burnley dalam minggu-minggu mendatang.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Burnley FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds