Cabaran Besar Bakal Liverpool Hadap Di Vitality Stadium

The Cherries dikhabarkan akan menentang Liverpool dengan tanpa kehadiran Adam Smith dan Lewis Cook, yang mana kedua-duanya mengalami kecederaan lutut jangka masa panjang.

Dan Gosling, yang pernah menjaringkan gol kemenangan untuk Everton ketika menentang Liverpool satu masa dulu, masih diragukan sama ada akan diturunkan mahupun tidak, juga akibat masalah kecederaan sebelum ini.

Namun, Callum Wilson pula berada dalam tahap kecergasan yang tinggi, untuk meneruskan memberi gol buat Bournemouth, sementara Ryan Fraser juga dijangka akan turun menentang Liverpool, yang telah menyebabkan masalah kepada Reds dalam pertemuan sebelum ini.

Pengurus Bournemouth, Eddie Howe berkata, perlawanan mereka pada hari Selasa lalu adalah kemenangan besar buat pasukannya, walaupun tanpa bermain dengan baik pasukannya dapat mengalahkan Huddersfield 2-1.

Sesuatu yang jarang untuk mereka lakukan di Liga Perdana, dan Howe menjangkakan yang pasukannya akan bermain dengan lebih baik ketika menentang Liverpool malam ini.

Yang jelas, The Cherries perlu beraksi cemerlang untuk meraih kemenangan, kerana Howe percaya Liverpool tidak akan menjadikan perlawanan mudah buat pasukannya.

Dengan Reds tidak terkalahkan lagi setakat ini di liga, Howe tahu yang skuad bimbingan Klopp ini akan beraksi dengan kekuatan yang maksima menentang pasukannya nanti.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : BBC | Goal | AFC Bournemouth

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds