Ancelotti : Napoli Akan Serang Liverpool ‘Habis-Habisan’

Carlo Ancelotti menegaskan, Napoli datang ke Anfield demi untuk meraih kemenangan, dengan niat untuk mengalahkan Liverpool bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada pagi Rabu ini, walaupun sekadar meraih keputusan seri, sudah cukup buat mereka melangkah megah ke pusingan 16 kalah mati.

Napoli datang ke Anfield sebagai pendahulu Kumpulan C, sementara Liverpool pula perlu mengalahkan Napoli 1-0 atau sekiranya Liverpool bolos, maka Liverpool perlu menang dengan ‘margin’ 2 gol.

Itu sudah cukup untuk memastikan tempat bagi Liverpool di pusingan seterusnya.

Ancelotti berkata, bukan cara pasukannya bermain sekadar untuk mendapatkan keputusan seri.

Dengan beliau sendiri mempunyai banyak kenangan manis di Anfield, terutamanya yang kali terakhirnya beliau telah berjaya memenangi kejuaraan di sana bersama Chelsea.

Dengan mengakui yang perlawanan bakal berlangsung sengit, dan Ancelotti menerapkan taktikal biasa yang mereka main, dengan taktikal bertahan disamping cuba membuat serangan.

Selain dari itu katanya, taktikal lain bukan cara mereka bermain.

Dengan sedaya upaya memastikan pasukannya cuba untuk menguasai perlawanan, dan beliau yakin para pemainnya juga telahpun bersiap sedia untuk memberikan segalanya semaksimum mungkin.

Dengan berbekalkan datang ke Merseyside bersama dengan keazaman yang tinggi untuk menyerang kubu kuat Liverpool, Anfield.

Napoli turut merehatkan beberapa pemain utamanya ketika perlawanan menentang Frosinone di Serie A pada hari Sabtu lalu, sama seperti Liverpool vs Bournemouth, yang mencatatkan kemenangan 4-0 penuh bergaya.

Ancelotti amat berharap pasukannya akan meraih faedah dalam perlawanan penentuan Rabu ini, yang mana menurutnya beliau membuat penggantian pemain bukan semata hanya untuk merehatkan beberapa pemain, tetapi juga itu adalah peluang untuk beberapa pemain lain juga mendapat minit permainan.

Jadi segalanya adil, ia adalah kebaikan buat pasukan, dan sistem penggiliran pemain itu berkemungkinan beliau akan guna pakai di masa depan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Sky Sports

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds