Bos Hertha Berlin Gelar Grujic Pemain Tengah Terbaik Bagi Kelab Selepas 20 Tahun

Pemain tengah Liverpool, Marko Grujić telah diberikan pujian demi pujian, diatas kecemerlangan aksi yang beliau pamerkan buat pasukan beliau dipinjamkan sementara Liverpool, ke Hertha Berlin di Bundesliga.

Pemain berusia 22 tahun itu memulakan pertembungan menentang Eintracht Frankfurt di Olympiastadion, dan pemain Serbia itu menjaringkan gol dengan tandukan mengalahkan penjaga gol lawan Marvin Plattenhardt selepas 40 minit bermula perlawanan.

Dan gol tersebut juga merupakan gol kemenangan buat Hertha.

Tandukan yang padu itu merupakan gol pertama Grujić buat Hertha, dan ia tiba disaat terbaik buat pasukan sementaranya itu, dan pengurus Pal Dardai lantas memberikan satu pujian yang tinggi diatas kesungguhannya Grujic.

Bercakap kepada wartawan selepas kemenangan, Dardai berkata, :

Marko Grujic adalah pemain tengah terbaik yang kami miliki kini sejak 20 tahun yang lalu.

Sehinggakan terluah, kini Hertha Berlin sedang melakukan segala-galanya untuk menjadikan Grujic kekal lebih lama bersama mereka.

Setelah menghabiskan musim lalu dengan pinjaman ke Cardiff City, nampaknya Grujić kini semakin meningkat aksi permainannya, disamping berdepan persekitaran yang baru.

Dan Grujic masih memiliki kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

Selepas Harry Wilson, apakah anda fikir Grujic juga tidak lama lagi akan menjadi sebahagian daripada pemain utama Reds dalam Liga Perdana ?

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds