Mo Salah Meraih Anugerah BBC Pemain Terbaik Afrika 2018

Ini merupakan anugerah kedua yang dimenangi beliau secara berterusan setelah menjaringkan 44 gol dari 52 perlawanan musim lepas.

Beliau meraih anugerah ini dengan menumpaskan Sadio Mane yang berada di tempat kedua, untuk menjadikan pemain Mesir ketiga meraih anugerah ini selepas Mohamed Barakat (2005) dan Mohamed Aboutrika (2008).

Penampilan menakjubkan Salah di Liverpool menyaksikan beliau menjaringkan 44 gol daripada 52 perlawanan yang disertainya.

Pemain berusia 26 tahun ini juga membantu Liverpool untuk ke perlawanan akhir UCL musim lepas, dengan hanya tidak dapat beraksi sepenuh masa ketika itu berikutan kecederaan.

Beliau juga telah membantu Mesir dalam kelayakan ke Piala Dunia, di mana kali terakhir mereka menyertainya adalah pada 1990.

Selain Sadio Mane, Salah juga menumpaskan 3 pemain lain seperti Medhi Benatia, Kalidou Koulibaly dan Thomas Partley untuk anugerah tersebut yang menerima undian sebanyak 650,000 di atas talian.

Salah gembira ketika menerima anugerah ini dan berazam mahu memenanginya lagi musim hadapan.

“Ianya sesuatu yang membanggakan dapat memenanginya sekali lagi. Saya amat gembira dan berharap dapat memenangi lagi anugerah ini musim hadapan”.

“Terlalu banyak kenangan yang bagus pada 2018. Kenangan ketika menentang Roma di Anfield musim lepas adalah sesuatu yang saya sukar percayai”.

“Saya menjaringkan gol dan membantu pasukan untuk mendapatkan mata bagi menduduki tangga teratas liga. Ianya perasaan yang sungguh membanggakan”.

“Dan saya menjaringkan gol musim ini untuk membantu kelab menjulang sesuatu kejuaraan”.

ADMIN

Tahniah Mo Salah! YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman