‘Kami Akan Berlawan Habis-Habisan Demi Meraih Kemenangan Di Anfield’ : Mourinho

Jose Mourinho menegaskan, barisan kesebelasan utama Manchester United yang akan beliau pilih untuk turun dalam perlawanan vs Liverpool Isnin ini, merupakan satu pasukan yang mempunyai keinginan serta bercita-cita tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut, disamping akan berjuang habis-habisan untuk meraih kemenangan di Anfield.

Ini merupakan perlawanan ke-5 United dibawah bimbingan Mourinho untuk menghadapi Liverpool, dengan mereka cuba untuk merebut peluang yang tiba untuk memadam rekod tanpa kalah Liverpool di PL setakat ini.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media pra perlawanan, Mourinho berkata, beliau sedaya upaya akan memastikan skuadnya peroleh kemenangan ke atas Liverpool.

Yang mana menurutnya lagi, beliau sentiasa cuba dan berkeinginan tinggi untuk menang dalam bertarung dengan Liverpool, yang merupakan sebuah pasukan sama seperti United juga, dengan keinginan, cita-cita dan keyakinan tinggi dalam menghadapi pertarungan.

Sedar yang Liverpool kini mendahului carta liga PL, Mourinho tidak gentar, kerana mempunyai skuad dengan kualiti dan potensi yang terbaik juga.

Walaupun masih ragu dengan barisan kesebelasan utama untuk diturunkan nanti, berserta taktikal yang akan beliau gunakan nanti, Mourinho tetap kekal positif akan tiba di Anfield dengan sebuah ‘bas’ yang isinya satu skuad yang mampu berdepan vs Liverpool dan berjuang demi untuk kemenangan.

Tidak seperti beberapa rakan pengurus yang lain, secara faktanya Mourinho sejak menjadi pengurus United, belum pernah lagi kalah kepada Liverpool di laman sendiri mahupun di Anfield.

Walau bagaimanapun, pengurus yang berasal dari Portugal ini, langsung tidak ambil kisah dengan perlawanan-perlawanan yang lepas, kerana fokusnya kini adalah perlawanan yang bakal berlangsung tengah malam Ahad ini.

Walaupun dalam masa yang sama, beliau tetap berbangga terhadap dua keputusan positif ketika menentang Liverpool musim lalu. Yang mana United memperoleh keputusan seri di Anfield dan menang di Old Trafford.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Manchester United

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds