Fabinho :”Apabila Saya Menyertai Liverpool, Inilah Perlawanan Yang Saya Nantikan!”

Perlawanan dua kelab seteru bolasepak Inggeris ini akan berlangsung di Anfield pada hari ini.

Skuad Jurgen Klopp ini akan menghadapi tentangan Manchester United setelah menumpaskan Napoli di Anfield untuk mengesahkan tempat ke Pusingan Kedua Kalah Mati UCL pada awal pagi Rabu lepas.

Fabinho, yang menyertai Reds dari Monaco musim panas lepas tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman menentang pasukan yang memberi makna terhadap penyokong seperti yang beliau lalui dalam perlawanan menentang Everton awal bulan ini.

Menurut beliau menerusi liverpoolfc.com :

“Saya bukanlah pakar dalam sejarah perseteruan kedua dua kelab ini, namun saya dapat rasakan ianya perseteruan terbesar dalam kancah bolasepak Inggeris”.

“Sejarah telah menyatakan bahawa kedua dua kelab ini adalah dua kelab yang paling berjaya di England. Selain daripada jarak kedua dua kelab ini yang dekat, berada di laluan perjalanan yang sama”.

“Kami akan melayani kunjungan mereka seperti kunjungan kelab kelab lain, dan berharap ia akan menjadi malam yang diingati seperti perlawanan menentang Everton”.

“Saya tidak sabar menantikan perlawanan ini. Bila anda menyertai Liverpool, perlawanan inilah yang amat dinantikan. Dengan semangat peminat, sokongan padu mereka kami akan turun ke padang dan memberikan yang terbaik untuk mereka”.

“Menentang Everton, penyokong amat gembira dengan kemenangan dan cara kami memenangi perlawanan. Kami berharap dapat memberikan sesuatu yang terbaik; setelah menyarung jersi Liverpool dan bermain dengan sepenuh jiwa. Saya berharap kami dapat meraih 3 mata malam ini”.

ADMIN

Fabinho sebelum ini dikaitkan dengan Man United sebelum membuat keputusan menyertai Liverpool.

Kami pun tak sabar menantikan anda beraksi menentang Man United, Fab. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman