Neuer, Robben Yakin Bayern Munich Dapat Mengalahkan Liverpool

Bayern Munich akan menghadapi Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara musim ini, dan Arjen Robben serta Manuel Neuer yakin, yang mereka boleh menang keatas Liverpool.

Undian telahpun selesai dijalankan, dengan Bayern Munich bakal ditentang antara pasukan menjadi pilihan, Liverpool. Walaupun Bayern satu masa dahulu menjadi antara pasukan kegemaran lagi hebat, kini hujah itu mungkin sikit tersasar dengan mereka dilihat memasuki pusingan ini sebagai ‘underdog’ bagi musim ini.

Liverpool pula merupakan salah satu ‘finalis’ Liga Juara-Juara tahun lepas, yang akhirnya kalah kepada Real Madrid 3-1 pada bulan Mei lalu. Dengan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan C, setelah mengalahkan Napoli 1-0 di Anfield.

Walaupun tidak konsisten dalam kejohanan Eropah, pasukan merah Jurgen Klopp ini tetap mantap dalam Liga Perdana musim ini. Yang mana mereka belum lagi terkalahkan dalam 17 perlawanan dan ‘gayat’ dipuncak sekarang ini dengan kelebihan satu mata daripada Manchester City.

Kebangkitan Liverpool di bawah bimbingan Klopp sangat-sangat mengagumkan, tetapi Bayern Munich masih percaya dan yakin yang mereka akan menuju ke perlawanan akhir musim ini mengikut kata Manuel Neuer, menerusi laman rasmi Bayern (fcbayern.com).

Mereka mempunyai musim yang sangat baik dan kami tahu mereka berada di ‘final’ Liga Juara-Juara tahun lalu. Mereka pasti tidak gembira sama sekali dengan undian tersebut. Mereka boleh menyerang dengan laju, dan mereka juga sangat berbahaya di depan gawang, tetapi mereka juga ada kelemahan tersendiri. Seperti yang kita lihat, mereka akan berdepan dengan menentang serangan hebat dari Bayern. Ia pasti akan menjadi satu perlawanan yang dahsyat di Liverpool dan juga di Allianz Arena.

Manakala Arjen Robben pula tidak memberi pandangan beliau yang terkait dengan bagaimana Bayern boleh menentang Liverpool, cuma dia meluahkan penuh rasa hormat terhadap pasukan Klopp.

Ianya nanti akan menjadi satu perlawanan ‘epik’. Liverpool adalah pasukan ‘superb’ yang telah melalui satu pembangunan dengan hebat sekali. Mereka mempunyai pemain-pemain yang bagus, dengan ketangkasan yang tinggi, dan kreativiti dalam membuat serangan dan yang penting mereka bekerjasama sebagai satu unit pasukan yang sebenar. Atmosfera akan menjadi luar biasa hebat nanti. Undian ini sememangnya satu undian yang menarik. Yang mana, ianya menjadi impian bagi setiap pemain untuk turut terlibat sama dalam perlawanan.

Beberapa pemain Bayern yang lain juga turut sama memberikan pandangan mereka tentang undian perlawanan pusingan 16. Yang mana, ada yang berkongsi kegembiraan mereka setelah diundi bakal menentang Liverpool.

David Alaba dan Serge Gnabry tetap berhemah, dengan memuji kehebatan pasukan lawan Liverpool, sementara Niklas Sule menegaskan yang keyakinannya teguh mengatakan Bavarians akan mengalahkan Liverpool.

Bagi bos Bayern sendiri, Niko Kovac juga turut sama berkeyakinan tinggi, dan memberi jaminan, bahawasanya, :

Kami sangat yakin Bayern berupaya melangkah ke pusingan 8 besar.

Belum dapat disahkan lagi pasukan mana yang akan melaju ke pusingan seterusnya, yang jelas lagi pasti Liverpool vs Bayern Munich akan menjadi satu perlawanan WAJIB tonton dalam kalangan perlawanan di pusingan 16 ini.

Cuma, Bayern perlu bersedia untuk menghadapi ‘serangan kilat’ Liverpool, jika mereka ingin berpeluang untuk menang.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Bayern Strikes

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds