‘Wolves Berupaya Mengalahkan Liverpool’ : Kevin Foley

Bekas pemain Wolves, Kevin Foley berkata tidak ada sebab bagi pasukan Nuno Espirito Santo untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, sama seperti pasukannya pernah mengalahkan Manchester United tujuh tahun lalu.

Foley adalah sebahagian daripada skuad Wolves yang berjaya mengakhiri rekod tanpa kalah 29 perlawanan United berturut-turut pada Februari 2011.

Pemain berusia 34 tahun itu baru-baru ini mula bekerja dengan akademi Wolves sebagai jurulatih bawah 13 tahun, mengharapkan yang skuad senior Wolves berupaya untuk memberi cabaran dalam ujian yang sengit kepada pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

Jelasnya, tidak sama sekali Wolves akan menunjukkan rasa takut untuk berdepan dengan pasukan Liverpool.

Kerana menurutnya lagi, Klopp boleh menganggap Wolves sebagai salah satu pasukan yang paling berbahaya yang akan Reds hadapi dalam Liga Perdana.

Ini jelas telah ditunjukkan Wolves sendiri, yang mereka boleh mengganggu gugat pasukan-pasukan besar dan mana-mana pasukan yang datang ke Molineux pun, pasti tidak dapat menikmati perlawanan dengan selesa.

Dengan cara permainan Wolves juga berbeza dengan kebanyakan pasukan yang lain di liga, perlawanan vs Liverpool nanti pasti akan menjadi satu perlawanan yang sangat menarik untuk ditonton.

Dan bagi Foley sendiri secara peribadi, ini adalah salah satu daripada perlawanan terhebat Wolves untuk menghadapi Liverpool dalam prestasi terbaik sekarang ini.

Dan Foley langsung tidak nampak, atas sebab apa bagi Wolves untuk tidak dapat mengalahkan Liverpool.

Foley berada di Anfield pada 2010 apabila pasukan Mick McCarthy mengalahkan Liverpool 1-0.

Selepas beberapa bulan kemudian, bertempat di Molineux pula, Foley dari bangku simpanan dimasukkan dan berjaya menamatkan rekod tanpa kalah United.

Oleh itu, Foley sangat berharap yang perlawanan pagi Sabtu ini, berkeadaan sama untuk Wolves.

Kelebihan beraksi dilaman sendiri akan dipergunakan Wolves sebaik mungkin, ditambah sokongan padu para penyokong mereka sendiri, akan memberikan para pemain lebih semangat untuk mudah mengalahkan Liverpool.

Jelas Foley juga, Wolves berjaya mengikat seri Manchester City, mengalahkan Chelsea juga, jadi kenapa mereka tidak boleh untuk melakukan yang sama terhadap Liverpool … ?

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Express & Star

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds