Besiktas Mahu Hantar Loris Karius Kembali Ke Liverpool Januari Ini?

Kelab gergasi Turki itu dilaporkan menghadapi masalah kewangan ketika ini.

Sebelum ini kelab itu telah menamatkan kontrak Pepe dengan persetujuan bersama disebabkan bebanan kewangan yang tinggi untuk bayaran gaji pemain tersebut, di mana kedua dua pihak bersetuju untuk membayar gaji Pepe setinggi €9.5 juta setahun.

Akhbar Turki, Fotomac juga mendakwa beberapa pemain yang bergaji tinggi di kelab juga akan dilepaskan untuk mengurangkan pembayaran gaji pemain seperti Ryan Babel, Adriano dan juga Ricardo Quaresma.

Babel dan Adriano mempunyai kontrak hingga penghujung musim ini, manakala Ricardo Quaresma mempunyai kontrak hingga 2020.

Ini bukanlah kali pertama Fotomac membuat dakwaan seperti ini mengenai Karius.

Tempoh hari, akhbar itu mendakwa Loris Karius digugurkan disebabkan beberapa kesilapan – namun ianya tidak benar.

Manakala dakwaan kedua adalah mengenai penjaga gol itu akan ditukarkan untuk membawa masuk Divock Origi di Besiktas.

Turkish Football cuba mendapatkan penjelasan Besiktas namun difahamkan kelab itu gembira dengan kehadiran Loris Karius di bawah kendalian Senol Gunes.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu adalah penjaga gol utama kelab dan beliau diturunkan hampir setiap perlawanan setakat ini.

ADMIN

Jika Besiktas melanggari syarat perjanjian dengan Liverpool untuk Loris Karius, berkemungkinan perbelanjaan kelab itu bakal meningkat lagi selepas ini kerana akan membayar pampasan disebabkan pelanggaran kontrak.

Sumber : Turkish Football

Post Author: Mohd Nuruzzaman