Pep Guardiola Akui Dia Lebih Istimewa Walaupun Jurgen Klopp Hebat

Pep Guardiola menyifatkan Jurgen Klopp sebagai seorang pengurus lebih hebat berbanding beliau menjelang aksi di antara Manchester City dan Liverpool awal pagi esok.

Juara bertahan itu kini ketinggalan tujuh mata di belakang The Reds yang masih belum tewas musim ini sebelum aksi di Etihad.

Pertemuan kedua-dua pasukan di Anfield Oktober lalu berakhir seri tanpa jaringan tetapi Liverpool tampak lebih menyinar dalam tiga daripada empat aksi musim lalu.

Jika kecemerlangan Klopp ketika ini dilihat pengukur buat prestasi Guardiola bersama City, bekas pengendali Barcelona itu tidak menghiraukan situasi itu tetapi tetap memuji rakan senegaranya.

“Pertama sekali, Klopp seorang pengurus hebat,” kata Guardiola.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengannya dan pasukan kendalian Klopp sentiasa beraksi cemerlang.

“Saya tidak memikirkan berapa kali saya mengatasi pengurus lain tetapi saya yakin saya seorang yang istimewa.

“Permainan kami, dia menewaskan saya, saya menundukkan dia. Saya mengucapkan tahniah apabila dia menang dan terus mara ke depan.”

Memenangi beberapa kejuaraan domestik dan Eropah bersama Barca, Bayern Munich dan kini City, Guardiola dilihat kehilangan sentuhan dalam aksi besar dan dia tidak sabar untuk melalui pertemuan dengan The Reds kali ini.

“Ia adalah satu penghargaan. Saya adalah seorang pengurus dan untuk melalui aksi sebegini, melihat apa yang kami mampu lakukan di pentas besar, ia adalah satu impian.

“Saya perlu bertenang. Pemain akan cuba menampilkan persembahan terbaik,” tambah Guardiola.

City perlu menunggu pengesahan mengenai kecederaan lutut yang dialami Kevin De Bruyne sebelum menentukan bintang tengah itu akan turun beraksi di Etihad awal pagi esok.

Perlawanan yang dinantikan oleh penyokong kelab lain untuk melihat perlawanan hebat ini akan berlangsung pada esok 4:00 pagi ini, sudah pasti semua peminat bolasepak tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan epik ini.

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan