Ki-Jana Hoever Dalam Perhatian Untuk Diserapkan Dalam Skuad Utama Liverpool

Pemain remaja Liverpool ini telah menarik minat Klopp sekaligus membenarkan Nathaniel Clyne menyertai Bournemouth secara pinjaman.

Dan pemergian dua pemain Liverpool ke Bournemouth bukanlah petanda untuk Liverpool menekan butang “panik” dalam pasaran perpindahan buat masa sekarang.

Beliau dapat melihat potensi yang agak besar dalam skuad remaja Liverpool – terutama Ki Jana Hoever yang baru berusia 16 tahun dan disenaraikan dalam skuad utama untuk menghadapi Wolves pada awal pagi Selasa depan.

Liverpool berjaya memeterai perjanjian untuk melepaskan Dominic Solanke ke Bournemouth dengan harga £19 juta, dan mempunyai potensi untuk meningkatkan harga jualan kepada £25 juta.

Dan beliau juga membenarkan Clyne menyertai Bournemouth secara pinjaman meskipun kelab sekarang mengalami krisis kecederaan pertahanan.

Klopp sentiasa mendengar apa yang dimahukan pemainnya jika situasi kelab ini mengizinkan.

Pengurus ini juga membenarkan Danny Ings untuk berpindah ke Southampton, meskipun beliau menyayangi pemain tersebut namun memikirkan pemain itu sewajarnya mendapat lebih minit permainan.

Dan melihatkan Clyne akan jarang mendapat peluang di Liverpool, maka beliau membuat keputusan untuk meminjamkan pemain itu ke Bournemouth buat sementara waktu.

Ianya mencetuskan kegusaran di kalangan peminat yang mungkin melihat Liverpool akan kekurangan pilihan di bek kanan dengan Joe Gomez yang masih cedera. Namun Klopp melihat ramai yang boleh mengisi posisi tersebut buat masa sekarang – dengan Ki-Jana Hoever sedang meningkatkan potensinya untuk bermain dalam skuad utama.

Klopp amat tertarik dengan potensi yang dimiliki pemain itu – yang hanya menyertai Liverpool dari Ajax September lepas untuk diberikan peluang membuktikan dirinya dalam perlawanan menentang Wolves pada awal pagi Selasa.

Pemain ini akan berusia 17 tahun hujung bulan ini, namun telah beraksi untuk skuad Bawah 18 Tahun, kemudian dibawa ke skuad 19 Tahun, 23 Tahun dan sekarang berada dalam skuad senior Liverpool.

Beliau boleh bermain di bek kanan dan juga bek tengah, dan sumber dalaman kelab mendedahkan beliau mungkin akan kekal dalam skuad utama jika perkembangan prestasinya meningkat.

ADMIN

Mungkinkah beliau akan diberikan peluang oleh Jurgen Klopp untuk beraksi menentang Wolves?

Sumber : David Maddock – Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman