Wolves vs Liverpool (FA Cup) : Perkembangan Terkini Kedua dua Pasukan

Beliau telah memaklumkan bahawa akan merombak pasukan menjelang perlawanan Piala FA di Molineux.

Liverpool akan bertandang kali kedua ke Molineux dalam musim ini dan mengakhiri jadual padat perlawanan minggu lepas menentang Man City dengan 11 perlawanan dalam masa 6 minggu.

Bercakap menerusi sidang media, Klopp menyatakan jadual yang padat membuatkan beliau terpaksa merombak pasukannya dengan Simon Mignolet dan Alberto Moreno akan diturunkan dalam perlawanan penting ini.

Joe Gomez dan Joel Matip dalam situasi yang baik untuk kembali berlatih bersama pasukan, namun menyatakan perlawanan hari ini adalah terlalu awal buat beliau.

Menurut Klopp :

“Simon Mignolet akan diturunkan”.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa Alberto akan diturunkan. Ianya pasti dan sangat jelas”.

“Kami harus melakukan perubahan. Ianya sangat jelas. Kami telah mengharungi jadual padat dengan bagus. Namun kami harus melakukan rombakan. Berapa ramai saya tidak pasti”.

Manakala Nuno Espirito Santo pula mempunyai skuad yang hampir cergas keseluruhannya, dengan Diogo Jota telah kembali menjalani latihan selepas mengalami masalah hamstring yang memaksa beliau direhatkan selama 4 perlawanan sebelum ini.

Manakala Romain Saiss juga yang dikeluarkan ketika perlawanan menentang Crystal Palace minggu lepas akibat kecederaan, turut dikhabarkan telah pulih.

Menurut Nuno :

“Diogo telah mula berlatih sejak Jumaat lepas. Beliau sentiasa memberikan kami lebih banyak pilihan sekiranya beliau dapat menjalani latihan”.

“Semua pemain berlatih, maka semua pemain cergas”.

ADMIN

Sudah sah Moreno dan Mignolet akan diturunkan, manakala Alisson berada di Rome.

Menentang skuad Wolves yang semuanya cergas.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman