Trent Alexander Arnold Bakal Tersisih Selama Sebulan

Beliau mengalami kecederaan lutut di mana sebelum ini beliau bermain dalam kecederaan ketika menentang Brighton.

Trent mengalami kecederaan tersebut ketika sesi memanaskan badan di AMEX Stadium namun mampu bermain selama 90 minit ketika itu. Pemeriksaan lanjutan mendapati beliau mengalami sedikit kecederaan pada tisu ligamen beliau dan memaksa beliau tersisih sekurang kurangnya 4 minggu.

Kehilangan Trent bakal merunsingkan Klopp yang sebelum ini kehilangan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan iaitu Joe Gomez, Dejan Lovren dan juga Joel Matip. Namun difahamkan Joel Matip sudah mula menjalani latihan penuh namun Gomez dilaporkan tidak akan kembali hingga awal Februari.

Sebelum ini Klopp telah membenarkan Nathaniel Clyne untuk dipinjamkan ke Bournemouth dan pilihan di bek kanan adalah sangat terhad. Namun begitu Trent difahamkan akan terlepas 4 perlawanan sahaja iaitu menentang Palace, Leicester, WHU dan Bournemouth. Beliau dijangka akan kembali ketika perlawanan UCL menentang Bayern Munich.

Manakala Georginio Wijnaldum juga telah mengalami kecederaan lutut dan agak diragui kecergasannya.

ADMIN

Oh tidak, pilihan yang ada cuma Fabinho dan Milner untuk posisi bek kanan.

Sumber : Andy Hunter – The Guardian

Post Author: Mohd Nuruzzaman