Dirk Kuyt Mengesahkan Beliau Akan “Kembali” Ke Anfield Mac Hadapan

Beliau merupakan antara nama bekas bintang bolasepak yang akan turut serta dalam perlawanan amal Liverpool FC Legends menentang Milan Glorie.

Bekas penyerang Liverpool ini telah menjaringkan 71 gol dari 285 penampilan sepanjang 6 tahun beliau di kelab, akan turun semula ke stadium tersebut untuk menyokong usaha kutipan amal oleh LFC Foundation.

Perlawanan ini bakal mengimbau semula kenangan perlawanan akhir UCL 2005 menentang Milan – dengan Kuyt hanya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir 2007.  Beliau akan menyertai pemain seperti Daniel Agger, Jamie Carragher, Jerzy Dudek, Robbie Fowler, Luis Garcia dan ramai lagi.

Manakala lawan mereka pada Mac depan juga menampilkan beberapa bekas bintang Milan seperti Gattusso, Kaka, Paolo Maldini dan Andrea Pirlo.

ADMIN

Perlawanan akan berlangsung pada 23 Mac 2019, jam 3.00 petang waktu tempatan.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman