Arjen Robben Mendakwa Padang Di Anfield “Teruk”.

Bayern Munich akan menentang Liverpool di Anfield pada awal pagi Rabu ini.

Dan pemain Belanda itu melabelkan padang Anfield adalah pada tahap yang teruk, dengan beliau bakal terlepas perlawanan kali ini akibat kecederaan paha.

Namun beliau menyatakan perkara tersebut setelah sebelum ini pasukan yang diwakili beliau telah tersingkir sebanyak 3 kali ketika bermain di Anfield.

Sebelum ini Robben telah merasai perit kekalahan di Anfield dalam dua perlawanan separuh akhir UCL bersama Chelsea, manakala merasainya buat kali ketiga ketika mewakili Real Madrid pada 2009.

Menurut Robben menerusi Daily Mail :

“Saya merasakan jika ditanya stadium mana yang terburuk di England, sudah pastinya Liverpool”.

“Ianya pasti ada satu”.

“Anda sentiasa mahu mendapatkan lawan yang digemari, dan selalunya bermula dari yang bersifat negatif”.

Walaupun Robben bakal terlepas perlawanan di Anfield, namun Bayern mendapat berita baik apabila Kingsley Coman dijangka dapat diturunkan meskipun sebelum ini mengalami kecederaan buku lali.

ADMIN

Banyak kenangan buruk dia di UCL di sini. No wonder la. Hahaha.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman