Jurgen Klopp Masih Kekal Optimis Dan Memuji Persembahan Bayern

Namun beliau menyatakan keputusan ini bukanlah yang beliau harapkan dari anak buahnya.

Perlawanan yang sepatutnya lebih mengujakan tidak mencapai matlamat apabila kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan di Anfield.

Dan berikut adalah kenyataan Klopp :

“Ianya bukan keputusan yang kami harapkan”.

“Tidak banyak situasi yang berlaku dalam perlawanan tersebut. Namun ianya bertekanan tinggi. Kedua dua pasukan saling menghormati antara satu sama lain”.

“Bayern menyukarkan situasi kami. Separuh masa pertama kami memiliki beberapa peluang tetapi sebenarnya satu gol dapat mengubah situasi perjalanan perlawanan”.

“Dua penyebab utama kami adalah yang pertama, kualiti lawan kami dan yang kedua kualiti hantaran ke bahagian serangan”.

“Kami mempunyai 10 – 12 peluang yang pasti mencipta sesuatu jika disempurnakan dengan baik, namun kami banyak melakukan kesilapan dalam hantaran terakhir dan akhirnya kehilangan bola”.

Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 13 Mac dan Klopp menambah :

“Saya yakin Bayern ketika ini amat berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan, namun kami masih mempunyai 3 minggu lagi dan keputusan lain lain perlawanan lebih melegakan kami dan Bayern harus risau kerana keputusan 0 – 0 itulah yang mereka mampu lakukan sebelum ini”.

“Ianya akan menjadi satu perlawanan lagi yang sukar menentang Bayern jika keputusan tidak memihak kepada anda. Namun jika kami mencatatkan kemenangan 1 – 0, adakah banyak perubahan akan berlaku? Keputusan 0 – 0 sudah memadai dan jika ianya berakhir 1 – 1 kami juga merasakan ianya cukup baik”.

“Jadi, keputusan ini tidaklah sebaik mana namun cukup untuk kami bekerja sekali lagi”.

Klopp juga menolak desas desus yang menyatakan tempoh 10 hari tanpa perlawanan itu merupakan penyebab utama masalah dalam hantaran akhir Liverpool.

“Ianya masih belum ditentukan lagi. Apa yang kami lakukan adalah mahu mendapatkan keputusan terbaik hari ini dan kami akan terus berusaha mendapatkan sesuatu, secara jujurnya”.

“Kami masih boleh layak ke pusingan seterusnya namun kami harus berusaha lagi dalam tempoh tiga minggu”.

ADMIN

Masih ada peluang untuk Liverpool mara. Di Munich pun belum pasti lagi Bayern akan menang mudah. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman