Nemanja Vidic : Virgil Van Dijk Tidak Setaraf Pertahanan Man United Sekarang

Bekas pertahanan Man United itu sebaliknya memuji pemain pertahanan United seperti Eric Bailly, Phil Jones, Victor Lindelof, Marcus Rojo dan Chris Smalling.

Dan beliau juga menegaskan para pemain pertahanan United jauh lebih baik daripada pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk.

Setakat ini Van Dijk telah menunjukkan prestasi cemerlang sejak berhijrah dari Southampton dengan nilai £75 juta musim lepas, sekaligus menjadi pemain utama yang meletakkan Liverpool untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Ketika ini Liverpool hanya dibolosi 15 dalam perlawanan liga musim ini, dengan Virgil Van Dijk dikatakan akan menjadi calon penerima Anugerah Pemain Terbaik PFA disebabkan oleh itu.

Namun sebaliknya Man United hanya berjaya merekodkan 6 perlawanan tanpa bolos berbanding 14 untuk Liverpool, melepaskan 35 gol dan menggilirkan pertahanannya sepanjang musim liga.

Namun Vidic menegaskan beliau tidak akan menyamakan mana mana pertahanan Liverpool atau Chelsea dengan pemain United, meskipun mengetahui kelebihan yang dimiliki Van Dijk.

Menurut Vidic menerusi Omnisport :

“Secara keseluruhan, jika anda melihat mereka bermain dalam perlawanan yang tidak terlalu berat, saya tidak memilih mana mana pertahanan Liverpool atau Chelsea. Saya tidak berfikir mereka mempunyai barisan pertahanan terbaik seperti kami sekarang”.

“Saya berfikir Van Dijk telah melakukan tugas dengan baik – beliau berfizikal, laju dan bertenaga di atas padang. Beliau pertahanan yang baik – namun saya berkata jika pasukan melakukan tugas dengan baik maka pujian hendaklah diberikan kepada semua pemain”.

“Saya tahu mengenai itu kerana saya pernah bermain bersama Man United. Jika anda bermain dengan baik, menjaringkan beberapa gol, tidak dibolosi dan selepas itu peminat hanya bercakap betapa bagusnya seseorang pemain itu. Sebab itu saya menyatakan bahawa saya percaya kami mempunyai pemain pertahanan yang lebih baik”.

ADMIN

Yelah, mereka sahaja yang terbaik. Liverpool semua tak baik.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman