Virgil Van Dijk : “Fokus Saya Adalah Kejuaraan, Bukan Anugerah Individu”.

Beliau meletakkan prioriti kepada kejuaraan Liga Perdana untuk Liverpool berbanding kejayaan untuk individu.

Pemain Belanda itu telah menampilkan beberapa persembahan cemerlang bersama Liverpool yang meletakkan beliau sebagai calon utama untuk meraih PFA Player Of The Year musim ini.

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher dan rakan sepasukan, Andy Robertson telah memberikan sokongan untuk Virgil Van Dijk meraih anugerah itu yang telah membantu kelab mencatatkan 17 rekod tanpa bolos musim ini dari 29 perlawanan liga.

Namun Van Dijk mahukan gelaran kejuaraan Liga Perdana terlebih dahulu di mana Liverpool dan Man City hanya dipisahkan 1 mata buat masa sekarang.

Menurut Van Dijk menerusi Four Four Two Magazine :

“Saya mahu fokus untuk kelab mencapai sesuatu, yang mereka tidak mendakapkan sejak 29 tahun lalu, dan jika saya atau mana mana pemain berjaya mendapat anugerah untuk individu ianya sesuatu yang bagus”.

“Ianya satu penghormatan kepada saya, namun saya lebih lagi berbangga sekiranya mana mana pemain berjaya memenanginya seperti yang Mo Salah lakukan musim lepas”.

“Namun memenangi liga adalah sesuatu yang sangat membanggakan sebagai satu pasukan dan salah seorang pemain. Ia membuktikan semua kerja keras kami sepanjang musim ini adalah sesuatu yang berbaloi”.

“Ianya memotivasikan anda. Memenangi kejuaraan liga bakal meletakkan nama anda di dalam lipatan sejarah dan menjadi lagenda kelab. Itu sebabnya anda bermain bolasepak, menjadi lagenda kelab”.

ADMIN

Virgil Van Dijk masih tidak berputus asa untuk merebut kejuaraan liga. Mengapa kita perlu berputus asa? YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman